Monday 4 February 2013

Dalam Kenangan...

Kami sekeluarga dikejutkan dengan berita mak muntah² & cirit birit pada 29 Januari 2013. Pada keesokkan harinye, Dillah call bgtau keadaan mak dah makin teruk dan tak bermaya, so lepas je keje, aza dan hubby cepat² balik umah packing beg dan lepas solat magrib kami bertolak ke hospital Jasin. On the way tu Dillah ada jugak call bertanye kan kiteorg dah dekat mana sbb dokter bgtau suruh kumpulkan adik beradik sbb keadaan mak dah tenat. Bile sampai je kat Ayer Keroh, handfon my hubby ringing lagi, masa tu hubby macam taknak angkat fon sbb takut sumting bad happen, tapi dia angkat juge, tibe² aza dengar hubby menangis sambil ucap innalillah...Kiteorg tak sempat sampai, mak dah pun diambil ilahi.. Al-fatihah..

Sayu dan sedih menyelubungi family arwah. Tepat kul 9.40pm 30 Januari 2013, mak mertuaku, FATIMAH BINTI MANIS, telah meninggalkan dunia buat selama-lamanya dan dikebumikan pada keesokkan pagi around 11am. Walaupun kami sedih sangat, tapi bersyukur kerana pemergian arwah senang dan tak sakit lama, memang mak pernah berhajat utk meninggal sebegitu supaya tidak menyusahkan anak²nye jika dia terlantar sakit. Alhamdulillah juga sebab beberapa hari sebelum mak meninggal, aza, hubby, Orked, Dillah & Rosli serta Abg Joi sekeluarga sempat spend time dengan mak, selalu nye memang tiap hujung bulan, hubby akan mengajak blk ke kampung utk spend time dengan mak, kebetulan, dah lama kiteorg tak blk sbb hubby ada exam. Tapi tak sangka, itulah kali terakhir kiteorg dapat spend time dgn mak.

Menurut kata doktor, kandungan acid terlalu banyak didalam badan mak sehingga buah pinggang mak tak dapat nak process acid ni lagi, punca kematian arwah. Kami sekeluarga agak terkejut dgn berita kematian mak sebab sebelum ni, abg ipar beritahu, masa check-up kesihatan mak baru² ni, doktor mengesahkan mak dalam keadaan sihat, jantung, darah, buah pinggang sume dlm keadaan yg bagus, doktor pun cakap lepas ni tak perlu buat check-up tiap² bulan, dtg cuma 5 bulan sekali.. Ternyata Allah lebih menyayangi mak...


Alhamdulillah ramai jemaah yang bersama² solat jenazah untuk mak yang diimamkan oleh abang ipar saye, Abdul Razak Bin Othman  ~terima kasih

Sayu hati ibu bile tengok Orked asik tunjuk je kat nenek, setiap kali nampak jenazah mak...sob sob...

Saat² terakhir jenazah mak di rumahnye.. diusung oleh anak² dan cucu² kesayangan arwah

Redup je suasana ketika mak dikebumikan

Bacaan talqin (pilunye hati time ni)

Orked pun nak tabur bunga di pusara nenek nye
  

Semoga roh mak tenang disana, dan digolongkan bersama² dengan orang² yg beriman. AMIN

MAK pada pandanganku:

  • Walaupun perkenalan kite hanya dua tahun, tapi aza sayang sangat kat mak. For me, she was a good mother, dikurniakan dengan 9 cahaya mata, kesemuanya berjaya dididik menjadi insan yang berguna. Sebelum hayat nye berakhir, alhamdulillah mak sempat melihat kesemua anak nye berkahwin.
  • Mak juge dikurniakan cucu² yang sayang kat dia. Setakat hayat mak, ada 27 orang cucu, termasuk paling latest Orked Amani, hopefully Orked akan dapat cousin baru soon.AMIN
  • Mak seorang yang sayangkan kucing, sangat prihatin dan pemurah bagi makan kucing setiap hari, kucing pun sayangkan mak.
  • Mak seorang yang suka jika anak² balik kampung melawat dia. Happy sgt dia kalau ada anak² datang menjenguk, hari tu sebelum mak meninggal, kiteorg tiga keluarga balik, dia siap cakap, "raso macam rayo..." hurm, sbnrnye dlm hati aza pun terdetik mcm tu gak..sbb kami balik serentak..
  • For me, mak seorang yang cerdik. Klu blaja tinggi² zmn dulu², mesti dah jadi professor. Kata² dan nasihat nye tentang cara hidup, ilmu agama mahupun pertukangan/perkebunan, mak memang handal! Idea dan inovasi nye mmg boleh digunapakai.
  • Mak suka makan sekali bersama² anak-anak dan cucu²nye. Kalau kiteorg balik kampung, setiap pagi slps subuh, mesti dengar kerusi yang menjadi "tongkat" utk bantu mak berjalan terseret-seret ke meja makan, dan mesti dia akan panggil, "wan...wan...aza...aza...makannnn..." semua nama yg ada kat umah tu mak akan panggil... Favourite brekpes dia ialah nasi lemak yang dimasak sendiri. Setiap kali kiteorg balik beramai² mesti mak suruh masak nasi lemak..
Sungguhpun begitu, sudah tertulis ajal maut jodoh pertemuan sume di tangan Allah s.w.t. Pemergian mak memang memberi kesan dihati aza walaupun sekejap je kita bersama. Terima Kasih mak diatas segala memori indah dan nasihat² yg mak beri, InsyaAllah kite bertemu diakhirat nnt..


AL-FATIHAH

Kepada my hubby, tabahkan hatimu, sabar dan kite doa kat mak banyak² ye sayang, anggaplah mama papa aza seperti ur own parents...They luv u very much ~gonna miss u mak


4 comments:

  1. Mengalir air mata bace entry ko ni..takziah..semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditmptkan dlm golongan org2 yang beriman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Anyra... Aku sayu jgk bile baca balik..neway tq ats segala doa...

      Delete
  2. Tiada galang gantinya...bonda tercinta..Fatimah Binti Zuhor..

    Tiada lagi suara memanggil nama wan..aza setiap pagi untuk membeli sarapan..
    Tiada lagi senyum manisnya melihat keletah cucu²nya..
    Tiada lagi cerita² dan nasihat² kepada kami setiap kali sarapan bersama..
    Tiada lagi kedengaran suara suruhan dan arahan setiap kali aku balik..
    Tiada lagi kedengaran seretan kerusi tongkat nya...
    Tiada lagi leteran,gurauannya dan usikannya..
    Tiada lagi peluk cium setiap kami mahu pulang
    Tiada lagi untuk menelefon setiap minggu/hari..
    Tiada lagi tangan ini untuk mengosok² dan memicit² badannya sekiranya sengal²
    Tiada lagi untuk aku meluahkan dan memdapatkan nasihat darinya...

    dan..
    tiada lagi doa untuk anak2nya setiap hari...
    aku amat merindui mak...aku redha atas pemergian mu mak..
    aku mendoakan selalu kesejateraan mak dan abah...
    semoga mak dan abah di dalam golongan orang2 yang beriman dan soleh..
    dan semoga cinta kasih sayang mak dan abah..terhadap anak2 dan cucu2nya hingga sampai ke syurga..Amin..
    Al Fatihah....

    ReplyDelete
  3. salam takziah buat aza n hubby.Moga arwah mak ditempatkan dlm golongan yg beriman
    setiap yg hidup pasti pergi menemui penciptanya.Semoga kita jua tegolong dalam syurga ilahi. T.T

    ReplyDelete