Sunday 29 October 2017

Sambil balik kampung sambil bercuti di Novotel Melaka

Lately kitorg selalu balik kampung sebab husband tengah buat projek bekalan pencen dia dalam masa 14 tahun akan dtg. Projek apa tu? Kena baca sampai habis baru tau. (Eh ada ke orang baca blog kite ni, hehe). Memula taknak ikut balik kampung sebab cuti Deepavali ialah hari Rabu, jadi Isnin & selasa tu kerja(Annual Leave tinggal 4 hari je kot) husband memang awal2 dah apply cuti Isnin dan Selasa sebab nak habiskan projek dia tu, tapi dia asik mengajak balik sama, so dah alang2 akan lama kat Melaka, trus google2 hotel ape yg tgh murah, boleh la jalan2 bawak anak-anak bercuti, konon nak bagi my mama rehat jugak sbb cuti lamaaaa dari Sabtu sampai Rabu (takyah dia jaga cucu 5 hari), tapi tetiba mama nak ikut pulak. Ha, bagus juga la mama ikut sebab ada lah peneman kami bile en.suami nak balik kampung dia tu nnt kan..

Sampai je Melaka, trus gi Jusco/Aeon nak cari makanan/minuman buat bekalan utk santai2 dlm bilik Hotel nnt, boleh pulak menyinggah nak buat henna si Orked ni, layankan lah..
                             

Check-in kat Hotel Novotel, call hotel nak check in awal, tak boleh katanya sebab bilik penuh, so keputusan yg bijak utk pegi sopink dulu tadi, and just nice je sampai hotel kul 4 dah boleh check in.
Un-pack barang dan susun makanan, tengok aje muka dorang berdua, excited dah tuu nak gi swimming

Tadaaa..ni bilik kitorg, tak brape besar dan tak lah jugak kecik, dan sbb tak expect mama nak ikut, kitorg dah book Hotel awal, seb baek ada sofa besar kat tepi katil, boleh la husband tdo mlm tu satu malam, next day tu dia da balik kampung (dlm 40minit camtu perjalanan je, dia dtg amik kitorg time check out ari isnin)



As usual, kitorg pilih Hotel yg siap2 breakfast included, so tak payah nak pikir nak g makan mana, tgklah tu punya la susah nak makan sopan2, ada je yg tak duk diam tgh makan..hehe

View dari bilik kitorg, seb baek dapat view mengadap Swimming Pool, cantik sket pemandangan, yg tak best nya, bile si Orked nmpk je, asik ajak g mandi..penat woi pagi petang mandi, dah la si abah takde nak teman dia g mandi, tepaksa la bergilir2 dgn nenek bawak dia swimming

Lepas mandi bawak pula dorg berdua gi main kat family room kat area Lobby, best Hotel ni ada playroom mcm ni utk budak2, kat luar bilik ni ada tiga/empat desktop utk melayari internet (tak amik gmbr la pulak) so mak ayah leh duk kat luar tu sambil tggu anak2 abis main sambil berinternet

Tapi ibu tak berani lepaskan dorg berdua je main, ibu pun join dorg jgk, takde lepak kat luar tu. Dlm playroom ni ada jgk playstation tapi dah occupied. Budak2 yg besar sket awal-awal dah chupp

Dah penat swimming dan main di playroom konpem perut dah lapar, kasi Qoied kat nenek mintak tlg jaga jap, sementara Ibu & Orked gi cari late lunch kat area Hotel, memandangkan abah Orked dah balik kampung, kitorg jalan kaki la sbb dah takde kete, Mujur sopink mall yg attach dgn Hatten Hotel dekat dgn hotel kitorg, tapau makanan n makan dlm bilik je.

Breakfast the next day, masih tak senang duduk bile makan ngn budak dua org ni... Pening nenek..hehe, breakfast byk pilihan, kesedapan nye boleh laaa..tapi klu nak banding dgn Hatten, sedap Hatten lagi

Mandi dan mandi lagi, stress Ibu tak dapat join, knape la tak check period tracker sblom dtg sni..hoho, sudahnya jadi photographer si Orked jelah. Life Jacket Orked tertinggal, gigih abah cari kat kedai DIY, nasib baik ada jual, sbb si Orked ni suka swimming kat pool org dewasa, dah ibu tak boleh swimming sekali dgn dia, mmg wajib la ada life jacket ni sbb swimming sorg2, tapi harus dipantau, (parent jgn leka walau sesaat pun wlu ada life jacket tau, jgn duk tengok hp je- reminder utk diri sndiri ni)

Kitorg naik je ke bilik tengok si Qoied dah tertido kepenatan bermain dgn neneknya, hehe



Aktiviti malam yg boleh dibuat kalau dah sampai ke dataran pahlawan ialah dengan menaiki beca & round2 area Dataran pahlawan dan kawasan sekitarnya. Pilih je beca mana nak, berlambak kat tepi2 jalan. Sekali naik, RM25 boleh naik dua dewasa & satu kanak2. 

Tapi tak sampai hati nak naik dua dewasa sbb kitorg semua besar2, haha, maka ibu & Qoied jelah yg teman si Kakak yg beria-ria mintak nak naik beca, bukan jauh pun dia bawak round, mcm nak bawak beca jgklah part time, masyukkk...haha...siap brother beca ni pasang lagu peveret Orked..dimanaaa Pokemon dimana kamuu...lalalala
Sempat juga kami singgah di pusat membeli belah kraftangan yg ada jual macam2 souvenir & kuih muih utk dibawa balik, semua kedai harga lebih kurang aje, pandai2la korang tawar-menawar utk dpaatkan deal yg berbaloi, mcm kami tak de membeli sgt, just nak cuci mata, lagipun hari sabtu ada pasar malam kat sebelah ni, lupa apa nama tempat ni, tapi dia opposite dataran pahlawan aje. Sebelah dengan kedai famous asam pedas, pun tak igt apa namanya.

Esoknya sebelum check out kitrong turun lagi ke swimming pool & main sepuas-puasnya. Qoied pun berenang sama, syok tengok kaki dia cuba nak berenang2 itik..copycat kakak nya..

Yang best nya kat Novotel Hotel ni, ada playground kat tepi swimming pool, so Hotel ni sesuai la utk org yg ada anak2 kecik, selain dari boleh swimming, dorg jgk boleh main kat sni, tengok ajelah muka happy si Qoied tu

Slide yg ada kat playground tu trus attach dgn pool, mmg syok la budak2...klu besar sket slide tu mmg konpem mak budak pun terjun sama..hehe

Elok je dah swimming, terus naik dan packing barang utk check out, abah pun masa tu dah on the way amik kitorg..Smooth je 3D2N short vacay kami, Alhamdulillah. Oh ye sblom terlupa, tadi dah mentioned nak bgtau projek apa yg husband tgh usahakan kan? Haa, ni ada dua picture kebun dia yg dia tgh usahakan...katanya nak tanam mcm2 kat sni sebagai bekalan lepas pencen nnt, takdelah nak mengharapkan epf je semata. Bukannya byk mana pun epf tu, kite pun tak tahu umur Allah bagi smp bile kan...jadi this is one of the project so far. Kalau uolls perasan, cuba zoom sket gmbr tu, boleh nampak pucuk2 kelapa mataq (kelapa yg pokok yg rendah tapi banyak buah) dah pun siap di tanam, Alhamdulillah 200 pokok kesemuanya. Doa2kan lah moga tanaman ni subur dan tidak diganggu musuh atau haiwan2 yg tak diundang ye.. Moga setiap dari apa yg diusahakn en.suami akan juga memberi rezeki buat org lain. Aminn..


Tanah yg dah hampir siap tanam anak pokok kelapa matag

Ni lah rupanya anak pokok kelapa matag
Bye2 xoxo

Tuesday 18 July 2017

Lebaran 2017

Masih di bulan syawal, ada beberapa hari lagi sebelum berakhirnya raya, so jom kite update cerita lebaran tahun ni... Korang tahun ni raya kat mana? Den tahun ni berayo kek nyalas, Melaka.. Kampung husband.. Balik sehari sebelum raya, pagi2 sebelum sahur dah gerak, makan sahur n solat subuh pun kat RnR je nak elak traffic jammed. Syukur alhamdulillah memang tak jammed...Sampai2 kampung je terus merewang untuk siapkan juadah berbuka & utk pagi raya next day tu.

Tengah masak Rendang Cili Api - perghh favourite ni, tgh menaip pun rasa terliur..hehe

Peace yo..

Sesi main bunga api di malam raya & takbir raya juga

Bukan budak2 je suke, pakcik budak n bapak budak pun ske main bunga api..hehe

Wow..cantik bunga api Basheera

Mula2 dua beradik ni takut nak main bunga api

Lama-lama dah suke pulak

Bermaafan di pagi raya - comel je manja abah mntk ampun

Olololo...ibu ampunkan awak cik Bunga ku intan payung

Pasangan paling romantis, Abg ipar & biras - Tauke Madu Kelulut

Family paling syok dengar dorang bersembang..macam kawan2 & the geng je hehe

Sesi Orked mengutip duit rayo

Sepupu Orked yg paling Cun, siap masa kakak Syahirah tgh iron baju boleh cakap, awak ni cantikla...merajuk pagi raya sbb ibu tak beli baju lawa macam kakak...hadoiii 
Family kecil kami


Orked yang melayankan abahnya yg suh posing mcm tu macam ni

Kawan baik Orked, siap pau kakak Arifah nye squishy...Sian kakak Arifah redho je squishy kesayangan kena pau..Nanti Mak Ude ganti ye..

Dah macam ketua pemuda, hai YB kesayangan!

Monyok je, susah betul anak bujang nak senyum bile amik gambar dia

Pakcik Qoied bersama anak buah comel, Wafaa', sebaya tapi Qoied dah jadi pakcik, sebab abah Wafaa' sepupu Qoied (i dah neneks uolls)

Siap ada tikar terbang lagi utk photoshoot kami, hehe

#teamrayapurple #rumahtanjung #kampungmantainyalas

Selamat Hari Raya dari kami...Maaf zahir dan Batin

Family paling sedap masakan nye, semua dorang ni boleh memasak dan sedap pulak tu!

Kerana anak2 kecil comel mereka, saya & husband dah jadi Tok Wan & Nenek hehehe

Family yang kesemuanya bijak-bijak, memang terbaek..keep up the good work!

Bersantai-santai sambil menunggu family lain ber photo shoot

Family paling sporting & happening!


Pasangan serasi bersama sehati sejiwa

Siti, Aspi & anak2 teruna mereka, Fateh & Fayyadh

Angah Azam, Irma, Basheera & Fateh - time ni mak uda lari taknak jadi photographer sebab takut Kelulut, budak2 ni rilek je, apala mak ude..

Tauke Madu Kelulut Nyaleh Trigona Farm bersama isteri tercinta- siap posing kat log madu kelulut lagi..

Pemenang bapa mithali - Aspi & anaknya Fateh

Geng2 anak daro - eh tetiba ada boboboi plak kat situ

Beraya di rumah Atun & Kak Fidah

I dgn my adik ipar

Majlis doa selamat untuk birthday boy & birthday gurl

Happy birthday cucu-cucu sekalian

Yey bestnya ada kek besday masa hari raya! Makan & makan lagi..

Fateh & Faqeh - join sama potong kek

Happy Birthday Wafaa'..semoga membesar menjadi anak yg solehah ye sayang...

Terima Kasih kepada semua ahli keluarga Nyalas yang sudi sama2 prepare masak2 utk hari raya, yg mengajak ke rumah & menjamu kami dgn pelbagai juadah, yg bermurah hati membekalkan kami kuih biskut raya yg sedap2 belaka masa balik, yang sudi sponsor bunga api & mercun utk anak2 main bersama2, yang bergotong royong membersihkan rumah & tak lupa juga yg tolong jagakan anak2 kami ketika mak bapak nye sebok buat benda lain...hehe...Semoga kite dapat terus menjalinkan ikatan silaturahim ni sampai bile2 ye... xoxo...