Tuesday, 18 July 2017

Lebaran 2017

Masih di bulan syawal, ada beberapa hari lagi sebelum berakhirnya raya, so jom kite update cerita lebaran tahun ni... Korang tahun ni raya kat mana? Den tahun ni berayo kek nyalas, Melaka.. Kampung husband.. Balik sehari sebelum raya, pagi2 sebelum sahur dah gerak, makan sahur n solat subuh pun kat RnR je nak elak traffic jammed. Syukur alhamdulillah memang tak jammed...Sampai2 kampung je terus merewang untuk siapkan juadah berbuka & utk pagi raya next day tu.

Tengah masak Rendang Cili Api - perghh favourite ni, tgh menaip pun rasa terliur..hehe

Peace yo..

Sesi main bunga api di malam raya & takbir raya juga

Bukan budak2 je suke, pakcik budak n bapak budak pun ske main bunga api..hehe

Wow..cantik bunga api Basheera

Mula2 dua beradik ni takut nak main bunga api

Lama-lama dah suke pulak

Bermaafan di pagi raya - comel je manja abah mntk ampun

Olololo...ibu ampunkan awak cik Bunga ku intan payung

Pasangan paling romantis, Abg ipar & biras - Tauke Madu Kelulut

Family paling syok dengar dorang bersembang..macam kawan2 & the geng je hehe

Sesi Orked mengutip duit rayo

Sepupu Orked yg paling Cun, siap masa kakak Syahirah tgh iron baju boleh cakap, awak ni cantikla...merajuk pagi raya sbb ibu tak beli baju lawa macam kakak...hadoiii 
Family kecil kami


Orked yang melayankan abahnya yg suh posing mcm tu macam ni

Kawan baik Orked, siap pau kakak Arifah nye squishy...Sian kakak Arifah redho je squishy kesayangan kena pau..Nanti Mak Ude ganti ye..

Dah macam ketua pemuda, hai YB kesayangan!

Monyok je, susah betul anak bujang nak senyum bile amik gambar dia

Pakcik Qoied bersama anak buah comel, Wafaa', sebaya tapi Qoied dah jadi pakcik, sebab abah Wafaa' sepupu Qoied (i dah neneks uolls)

Siap ada tikar terbang lagi utk photoshoot kami, hehe

#teamrayapurple #rumahtanjung #kampungmantainyalas

Selamat Hari Raya dari kami...Maaf zahir dan Batin

Family paling sedap masakan nye, semua dorang ni boleh memasak dan sedap pulak tu!

Kerana anak2 kecil comel mereka, saya & husband dah jadi Tok Wan & Nenek hehehe

Family yang kesemuanya bijak-bijak, memang terbaek..keep up the good work!

Bersantai-santai sambil menunggu family lain ber photo shoot

Family paling sporting & happening!


Pasangan serasi bersama sehati sejiwa

Siti, Aspi & anak2 teruna mereka, Fateh & Fayyadh

Angah Azam, Irma, Basheera & Fateh - time ni mak uda lari taknak jadi photographer sebab takut Kelulut, budak2 ni rilek je, apala mak ude..

Tauke Madu Kelulut Nyaleh Trigona Farm bersama isteri tercinta- siap posing kat log madu kelulut lagi..

Pemenang bapa mithali - Aspi & anaknya Fateh

Geng2 anak daro - eh tetiba ada boboboi plak kat situ

Beraya di rumah Atun & Kak Fidah

I dgn my adik ipar

Majlis doa selamat untuk birthday boy & birthday gurl

Happy birthday cucu-cucu sekalian

Yey bestnya ada kek besday masa hari raya! Makan & makan lagi..

Fateh & Faqeh - join sama potong kek

Happy Birthday Wafaa'..semoga membesar menjadi anak yg solehah ye sayang...

Terima Kasih kepada semua ahli keluarga Nyalas yang sudi sama2 prepare masak2 utk hari raya, yg mengajak ke rumah & menjamu kami dgn pelbagai juadah, yg bermurah hati membekalkan kami kuih biskut raya yg sedap2 belaka masa balik, yang sudi sponsor bunga api & mercun utk anak2 main bersama2, yang bergotong royong membersihkan rumah & tak lupa juga yg tolong jagakan anak2 kami ketika mak bapak nye sebok buat benda lain...hehe...Semoga kite dapat terus menjalinkan ikatan silaturahim ni sampai bile2 ye... xoxo...



Sunday, 21 May 2017

Happy Birthday Qoied

Wah..da bersawang2 blog aku ni.. Baru perasan tahun 2017 ni langsung takde satu post pun publish...huh, nampak x, akak busy sgt gayanye ni..Takpe2, sebagai pembuka cerita utk 2017, kite mulakan dengan throwback gambar2 Qoied Ibrahim since lahir sampai la umur setahun. Sekejap je masa berlalu, dah setahun dah awak ni Qoied. Rasa macam baru bulan lepas Ibu melahirkan awak, dah meniarap, merangkak, berdiri & berjalan! Laju betul 10 bulan dah taknak merangkak dah...walau byk kali terjatuh masa berjalan, awak tak putus asa langsung nak belajar jalan.. Good job Ibrahim!

0 Bulan - Qoied Ibrahim baru lahir (Hospital Az-Zahra Bangi)

1 Bulan - Dah habis pantang, terus buat Aqiqah utk dia

2 bulan - Mata masih sepek, kelopak tak brape nak ada, bulu mata pun blom panjang

3 Bulan - Hurm, bulu mata dah start panjang, pandai pulak hisap jari bile nak tido, puting taknak

4 bulan - dah mengiring macam nak meniarap, kuat menyusu

5 Bulan - yey dah fully boleh meniarap, kerap jugak, asal baring nak meniarap, pandai jgk pusing ke kedudukan asal semula

6 Bulan - Dah pandai ketawa terbahak-bahak, air liur banyak masa ni, mcam tau-tau je dah boleh makan

7 Bulan - Merangkak sangat laju, pastu boleh berdiri tapi kena pegang something

8 Bulan - Dah boleh duduk, dan minum pegang botol susu sendiri

9 Bulan - Hurm, dah pandai punggah barang! ayo...dah boleh berdiri tegak, dapat a few steps

10 Bulan - Terkejut Ibu, dah boleh jalan awak ni dik, main pun dah lasak, boleh bergaduh ngn kakak dah hehe

11 Bulan - Ni scary, sebab dia ada 4 batang gigi dah fully tumbuh, 2 lagi dah mula nak nampak, sbb ape scary?? sebab dia menyusu sambil mengigit, menjerit la ibu tengah malam2 buta bile tgh breastfeed si comel ni..aduhh

12 Bulan - Happy Birthday manja ibu Qoied Ibrahim! Sekejap je dah setahun, masa ni dah taknak merangkak langsung, berjalan dan boleh berlari sikit2, fully breastfeed Alhamdulillah, makan pun selero je, cakap pun banyak tapi bahasa dia la, dah boleh paham apa yg kite cuba nak sampaikan kat dia, dah mesra dgn org yg dia tak kenal..


Ibu tak buat birthday party macam ibu buat utk Kakak Orked dulu tau sbb masa Qoied setahun ni, kite semua satu rumah sakit mata & demam, utk mengelakkan tetamu terjangkit, better xbuat. Tapi next year ada rezeki lebih sket kite sambut ye...Apa2pun ibu & abah loves u and kakak very much! Semoga Qoied membesar jadi anak yg soleh, baik budi bahasa, dikurniakan kesihatan yg bagus, dimurahkan rezeki, umur yg panjang dan dikelilingi dgn org yg baik2..Aminn...