Alhamdulillah Orked da 10 bulan pada 19 July yang lepas. Sejak dari lahir sampai sekarang, Orked Amani masih minum susu ibunye. Rezeki dari Allah tak putus² lagi, hopefully dapat breastfeed Orked until 2 years, InsyaAllah. Aza sarankan utk semua ibu², susukan lah baby anda at least 6 bulan tanpa campur ape² makanan/minuman tambahan. Lepas 6 bulan, da boleh bagi makanan kat baby. Macam Orked, alhamdulillah memang 6 bulan eksklusif minum susu ibu, tapi lepas 6 bulan, pam susu macam da rosak sket, tambah dgn kesibukan ibu dia sampai tak sempat nak mengepam susu, so after 6 month, bila kat nursery, Orked minum susu formula jenama Anmum, bile balik rumah n weekend, mmg fully breastfeed. Pastu da start bagi bubur blended. Aza masak sendiri sebab nak Orked makan 'air tangan' ibu dia. Selalunya bangun kul 5.30 pagi, masak bubur utk Orked, pastu baru pegi keje.
Awal² usia baby baru nak try 1st food, boleh buat puree buah-buahan dulu, diikuti dgn bubur nasi n lain² makanan yg berat seiring dgn usia baby.
|
Orked's food - Chicken/Fish porridge with carrot. Cara nye, masak beras dengan air yg banyak, pastu masukkan ikan/ayam, then letak sayur. Bila da masak, hancurkan sampai halus dlm blender. Siap! |
|
Ni pulak bubur nasi ikan tenggiri bersama sayur bayam (spinach) - dimasak dlm slow cooker, kalau guna slowcooker ni, hasil buburnya cantik sket, tapi amik masa yg sgt lama nak masak. Yang dlm bekas kecik tu, dessert apple with strawberry, Cara Masak, rebus dlm air yg sedikit smp empuk, angkat dan kisar smp halus. |
|
Sesekali tu, cuba western plak - mashed potato with cheese (hurm, yummy...Orked suka sgt), mudah je buat mashed potato ni, rebus kentang sampai empuk, tos, letak dlm mangkuk, lenyek² kan, pastu letak sekeping cheddar cheese, masuk dlm microwave about 10s, pastu gaul. Hasilnye macam gambar kat bawah ni. |
|
Mashed Potato with cheese - Abah Orked pun suka benda ni. kalau baby dlm 6-8 bulan tu, makanan kena hancur² sket takut tercekik, so kalau nampak macam pekat, tambah air suam sket utk mudah dia makan dan telan |
|
Pumpkin Soup with sweet potato added. Boleh try bagi pumpkin kat baby jgk. Penah terbaca kat blog² kesihatan, pumpkin ni banyak khasiat utk baby. Mama cakap labu ni angin. Tapi sebab da baca fakta kesihatan pasal labu, then try gak bagi kat Orked. Tapi Orked macam tak suka pumpkin soup. |
|
Ni pulak 'puree' segera yg ada kat kedai² atau shopping mall, ada pelbagai jenis perisa dan jenama. Actually kita boleh buat sendiri puree ni, senang je, just campur²kan buah-buahan berkhasiat dlm blender n kisar sampai jadi puree. Puree jenama Heinz menjadi pilihan kalau tak sempat nak masak atau kalau travel g mana² yg jauh perjalanan nye atau g bercuti yg mmg susah nak masak. Satu botol yg kecik ni harga RM3.60. Kalau buat sendiri lebih jimat. Orked boleh makan habis satu botol tu utk skali makan. Bayangkan bape hengget boleh abis kalau malas nak masak?? |
|
Kadang² bila g berjalan-jalan kat shopping mall tu, antara makanan² yang aza bagi utk Orked klu tak bawa makanan dari rumah ialah mashed potato KFC, atau mushroom soup from any restaurant yg selling this stuff la, SUBWAY ke, PIZZA Hut ke |
|
Bila Orked turns to 9 - 10 month, kiteorng da start ajar dia makan bubur yg tak di kisar lagi, org tua² cakap, klu nak bagi dia cepat tumbuh gigi, biasa²kan dia makan solid food. So kiteorg da tak kisar bubur dia, ayam/ikan cincang² je. Campur sket kacang peas yang dihiris halus². Pastu at this age, aza dah start try bagi seafood. Nak tgk dia allergic ke tak. Alhamdulillah dia tak alah bile bagi udang. |
Hurm, esok nak masak ape utk Orked ni? Actually aza dah buat macam² jenis makanan utk Orked since dia 6 bulan until now. Tapi takdela semua nya amik gambar. Setakat ni, dah bagi Orked rasa ayam, ikan, daging, udang, sayur bayam, sawi, carrot, kentang, pumkin, bunga kobis, brokoli dan macam² lagi. Hari² menu yg berlainan. Just try n error campur² bahan² berkhasiat utk dia. Tips utk bubur nasi yg sedap utk baby, letakkan sket hirisan halia dan bwg merah dlm bubur nasi tu. Tambah sket garam (awal² usia baby jgn la letak garam, biar baby da besar sket), kalau tawar sgt pun baby tak selera nak makan. Kalau buah-buahan plak, boleh jadikan puree atau mashed kan aje. Setakat ni Orked dah rasa apple, pear, strawberry, banana n lain² lagi. Kalau hantar Orked g nursery pun, still bekalkan dia 'air tangan' ibu dia walaupun kat nursery dah sediakan makanan. Cant wait to try new recipe and feed her with healthy meals cooked by me =)
No comments:
Post a Comment