Wednesday, 25 January 2012

Confinement

As promised, today i would like to share a few tips for a women especially to those who wants to get pregnant and keep healthy by traditional method. This tips also good for women who have problems with their inner side/womb.

Sebelum tu, aku nak cerita sket pengalaman masa nak bersalin dan macamana aku dapat petua tu..hihi...this is the best part la. Tepat kul 3 pagi 19 September 2011, perut aku rasa sakit mcm nak buang air besar, aku pegi toilet tapi tak kuar² jgk ape yg patut kuar tu (hee...), aku sambung tido, tapi mata takleh nak lelap sebab sakit tu mcm sekejap dtg, sekejap da takde. Sampai kul 6.30 pagi aku buat tak tau je, aku solat dan bersiap utk pegi keje sambil bgtau kat hubby, "aza sakit perut dari kul 3 pg td,rase mcm nak berak..tapi takleh"... Hubby tanya, nak beranak dah ke? Due date sepatutnya 26 September. Aku cakap maybe belum lagi kot, so kiteorg pun meneruskan perjalanan ke office, on d way sampai kat tol LDP, aku rase sakit lagi, hubby suruh call mama tanye... Aku call mama n dia tnye air ketuban da pecah ke, atau ada kuar darah ke? Masa tu mmg takde ape pun cuma sakit perut je, lepas je tol, kiteorg terus ke hospital putrajaya, kat situ doctor check cakap bukaan baru 2cm, so aku ditolak ke hospital lain sebab hospital dah penuh. So, kiteorg pegi pulak hospital Serdang, pun ditolak!!! Sebab hospital tu pun da penuh, adoii perut aku ni dah la sakit, ramai pulak org nak bersalin hari tu..Hubby da bengang, risau dan takut tengok aku yg sakit tapi buat² cool aje..akhir nya pegi pulak hospital sg.buloh, nurse kat situ cakap hospital tu pun da penuh, tapi sebab aku asik dihalau je, kehulu ke hilir, doctor pun check dan tengok bukaan dah 4cm, so aku dah takleh pegi mana²,takut terberanak dlm kete pulak. Masa tu rs cam nak menangis je..nak melahirkan 1st baby tapi jadi camtu pulak. Bile sume registration da settle, aku pun tunggu jelah masa nak bersalin, family pun ada yg da dtg bg sokongan..Pukul 7, nurse panggil aku suh masuk labour room, ingat kan da nak bersalin, tapi air ketuban tak pecah pun lagi, so kena tunggu lagi. Duduk dlm labour room tu sejuk aje, lama rupanya dari 4cm nak ke 6cm, tapi sakitnya subhanallah...sakit weh..Akhirnya air ketuban dipecahkan oleh doctor lebih kurang kul 9pm camtu. Akhirnya dah pukul 11pm, suami aku pun masuk labour room dan aku pun...push..push..push...sampai baby keluar...yahhooo (LEGA...) terima kasihla sume nurse² yg berkejesama masa proses bersalin tu, untuk Hubby, tq sgt² be there for me. Memang sangat membantu!! Rasa terharu sgt bile nurse letak baby kat atas dada aku..(rasa sakit ape sume tu terus hilang). Ye, aku dpt baby gurl =) setelah struggle dan menahan sakit selama 20jam..Hubby pun happy(mcm mana experience dia tgk aku bersalin? kena intebiu dia tnye sdiri how excited n takutnye dia hehe), syukur alhamdulillah...

Ok, 2nd part, lepas je bersalin, aku masuk wad dan kena bagi anak minum susu badan, ni memang mencabar for a 1st timer cam aku ni..Aku dah bagi susu, tapi knape baby aku still menangis takmo tido. Kat wad tu semua ibu dan anak masing² da tido, bayangkan lepas bersalin sampai ke pagi esok nya, aku tak tidur sebab baby menangis aje, rupa²nye susu tak kuar. Masa tu aku dah menangis² sebab tgk baby mencari² susu. Bagitau kat nurse, dorg tak bagi aku kasik susu formula, suh cuba gak bagi susu badan. Abis, da susu badan takde takkan nak bagi baby ni lapar? Aku dah geram+marah, akhirnya bile balik je umah, sampai ke malam pun susu tak kuar, hubby beli susu formula, dan terus kasik kat baby, dia minum dgn lahap nye..Ciann anak ibu, lapar dah dua hari tak minum ape²...Mama suh hubby aku cari bidan utk sesi mengurut supaya susu boleh keluar. Cari punya cari akhirnya hubby bawak bidan indonesia yg da lama menetap kat malaysia yg kami panggil dia dgn nama bonda. Bonda ni baik org nye, dia mengurut aku selama 4 hari masa berpantang. Sepanjang aku berpantang (confinement) dan berurut dengan bonda, bonda byk kasi tips utk org berpantang. Aku diurut dgn macam² jamu (aku guna produk Mustika Ratu - complete set dgn bengkung skali), lulur mandi dan pil jamu.



Bonda ni buat kan aku satu air yg dinamakan 'air kunyit'. Dia cakap, air kunyit ni bagus utk membersihkan rahim. Bile bersalin, kite kena bersihkan rahim utk kesihatan badan katanya. Ok, the best part kan, bonda ni cakap, air kunyit ni bukan je bagus utk perempuan yg baru lepas bersalin tapi bagus jugak utk semua perempuan yg ada masalah darah haid yg tak teratur dan bagus utk org yg nak pregnant tapi belum boleh pregnant. Knape pulak? Bonda cakap, kdg² org yg belum boleh mengandung ni kena bersihkan rahim dia dulu utk lekatkan benih. So, salah satu cara utk membersihkan bahagian dalaman perempuan ialah dgn meminum air kunyit ni. Bile da bersih, insyaAllah akan lekat. Secara kebetulan, masa Bonda urutkan aku, nurse klinik desa dtg utk check aku dan baby, dia terkejut terjumpa Bonda kat umah aku sebab dia mmg tengah mencari Bonda tu sbb nak ucap terima kasih kasi resipi air kunyit dan petua² lain utk mengandung. Nurse tu dah 3 tahun kawin tapi belum dikurniakan anak. Bonda suh buat air kunyit dan minum setiap hari utk bersihkan rahim. Akhirnya dia mengandung alhamdulillah, cara tradisional kdg² mujarab utk sesetengah orang..As promised earlier, here is the recipe. Kepada bakal² ibu, Cubalah, mana tau berkesan ke...actually air kunyit tu rase dia taklah teruk sgt, aku pun da minum, rase dia OK...

Resipi Air Kunyit

1) kunyit hidup (200g - buang kulit,potong kecik²)
2) asam jawa   (ramas² dlm air dan ambil airnya dalam 1 cawan)
3) perahan air limau nipis (1.5 biji)
4) madu          (2-3 sudu - guna sudu plastik)
5) garam kasar (sukatan sama mcm madu - ikut kadar masin masing²)
 
Blend kunyit hidup dgn 1.5 cawan air.(Kalau pekat, tambah air lagi -ikut tekak sendiri)Kemudian masukkan bahan yg lain² dan blend skali lagi. Tapis dan simpan air dalam botol dan masukkan dlm peti sejuk. Kalau nak minum, baru keluarkan, tunggu hilang sejuk dan minum 2 kali sehari sebelum makan.

Lagi...
1) Petua Bonda tu, cuba telan/makan telur ayam kampung(mentah) dua biji setiap hari (utk suami), 1 biji utk isteri, pastu baru berusaha utk dpt kan anak - SLMT MENCUBA
2) Mulakan dengan Bismillah, selawat sebelum makan atau minum sesuatu.
3) Niat kerana Allah s.w.t
4) Untuk ibu-ibu yg berpantang, sila berpantang betul² utk kesihatan masa depan! Jgn amik makanan yg dilarang makan semasa dlm pantang. Zaman moden ni org da tak ikut sgt berpantang cam org zaman dulu², tapi sometimes old people know better. Ada logika gak ape yg diamalkan oleh ibu² kite. Trust me, tak rugi pun kalau diamalkan sebab utk kesihatan badan apa salah nye kan?
5) Lepas pantang kena buat exercise sket utk memulihkan kesihatan badan before get back to work. 
6) Bagi susu badan sepenuhnya utk baby u alls at least until 6 month. Dont mix with formula milk. Kalu takde susu, cuba berurut atau pegi jupe doctor, they will give u pills to produce milk. 

SENYUM =)

Tuesday, 24 January 2012

Pregnant

Jeng...jeng...jeng....Apa tu? Alhamdulillah the best wedding gift from Allah s.w.t...Pregnancy test +ve..
Aku n hubby gembira sgt, sebulan selepas kahwin, aku pregnant..Walaupun masa tu happy, dlm hati rase takut gak sebab dulu masa Along aku pregnant, dia dpt bad morning sickness...kesian dia..Tapi syukur sepanjang aku mengandung, takde benda² pelik yg jadi kat aku. Semua ok cuma aku suke sangat makannnnn...Adoiii...


1st trimester of pregnancy - masih slim kan?

Syukur alhamdulillah...ceria je aku dgn anak sedara hubby masa wedding Dillah(adik Hubby)

Walaupun pregnant, sempat lagi pegi berkelah dgn kawan²...tapi takleh mandi, so makan..makan.. makan.. je lah kejenya

Masa ni dah 5 month of pregnancy - bercuti dengan family kat Cameron Highland (papa, syazreel, me, mama n syariz)

Ye..tengah buat ape tu? Masa mengandung pun sempat lagi mengenakan Azuin (her birthday!!) Cian kete bezday gurl, harap baby tak nakal cam ibunye (PEACE)

Aha...itulah dia, ibu mengandung getting bigger day by day...disebabkan takde morning sickness, aku asik makan aje..paling worst, makanan yg aku tak suke makan pun aku dah suka makan (such as, kacang, tempe, cheese - sume ni makanan yg aku tak suka) camna tu? Tapi aku pun hairan, knape hubby aku pun getting bigger? Hehehe

Errkk aku ke tu? dah nak 7 bulan rase nya time ni.Favourite activity last year mesti lah birthday celebration!!  Masa ni bezday Lisa dan Izz (from Left: Me, Ayu, Wani, Lisa, Aireen, Izz dan Nurul)


9 Month...This picture was taken during Hari Raya 2011, sempat beraya (yahhooo...dapat makan rendang dan lemang) - pastu aku pun bersalin =)
Hmm, aku nak share sket tips² utk ibu-ibu mengandung, this is based on my experience lah. Waktu mengandung, bykkan makan benda berkhasiat dan kurangkan pengambilan gula. Jangan banyak makan sgt cam aku sebab di akhir² pregnant, sure masalah akan dtg. Mcm aku, bila dah 7 bulan, time ujian air gula, kadar gula dlm badan aku tinggi (diabetic) so tak bagus utk ibu dan baby, nnt baby akan besar dan ibu terpaksa bersalin awal (force bersalin) atau bersalin melalui pembedahan dan diabetic akan kekal pulak lps bersalin, so aku kena turun kan balik kadar gula tu. Tabiat buruk aku yg suka makan coklat/ice cream before tido tu, aku da tak buat (hehe). Alhamdulillah tahap gula normal balik. Nak cepat turun kadar gula, makan roti wholemeal. Yang bungkusan kaler hijau. Tinggi kandungan gandum/serat tu..

Lagi satu, doktor cakap aku kena anemia jugak(penyakit tak cukup darah merah) actually, ramai ibu mengandung yg kena anemia ni, sebab kita kan bagi zat besi kita kat baby gak kan, so dah kurang tu kena lah tambah zat besi. Boleh amik vitamin atau makan makanan yg kaya dgn zat besi, mcm bayam, kerang dan tips nurse kasi kat aku, kalau makan ape² makanan, minum air limau sbb limau dapat membantu menyerap zat besi dgn lebih cepat.. (selamat mencuba)

Lagi..
1) Minum Susu (aku minum Susu Friso - rasa sedap sket berbanding yg lain kot sebab aku tak ske susu yg tawar, kalau yg berperisa cam susu kotak dutch lady tu gemar sgt!! Tu pun boleh kalau tak lalu yg susu tepung tu)
2) Kacang pistachio(kacang cerdik)
3) Kismis dan Kurma
4) Buah-buahan seperti Apple, Orange

Ok, dats all 4 today..When I have time, i'll write another tips for those who wants to get pregnant but still cannot, after a few years trying..Maybe it will works..who knows? See u soon..

Thursday, 5 January 2012

Story Begins...

Assalamualaikum..

Welcome 2012!! Akhirnya tercipta jugak blog setelah sekian lama berangan² nak create. Tu lah azam aku tahun baru ni, nak jadi penulis sekaligus sebagai blogger tegar hahaha...But why now? Ye..sebenarnya dari tahun lepas lagi nak menceritakan dan meluahkan sesuatu kedalam bentuk penulisan n visual electronic (wah gitu ayat aku), tapi masa tu idea dan sumber inpirasi takde lagi sehinggalah setahun da berlalu, Allah memberikan aku anugerah terhebat Nya utk menjadi ilham dan penyeri dlm blog aku ni... Mohd.Radzuan dan Orked Amani, both of u are my inspirations and ur existence is the best thing that ever happen to me, Alhamdulillah...

So, for the beginning, lets view a few pictures of my Royal Blue Wedding (27 November 2010)

Hubby yg kacak sedang menunggu wife terchinta...(ehehe)

Me - Berjalan ke hubby, berdebar-debar

With Amar n Syariz(Bunga manggar guys), Anuar n Ain (Pengapit) and 4 little cuties mengiringi pengantin

Kepakkepak gebomgebom (berarak dgn alunan kompang)

Syukur Alhamdulillah...(u r mine, i'm yours)

Restu ayah bonda


With my family and relatives
Yeay...with Hubby's Family

With ABB colleague
 
With Duha (dtg jgk walau da sarat -TQ)

Friend from SK Seafield Subang Jaya
Geng-geng KMPK, gopeng Perak


Dalilah dtg dengan future husband

Geng-geng SSF,UTM skudai

Masing² tak lepas peluang berposing..huhu...Kelass korang!!!

Eh, Adi Fasla (DJ Era fm) pun ada - my neighbour actually(thanks 4 coming)

from left: Ang, Izz dan Lisa

Faizal pun datang...Linda tak dpt dtg sbb baru lahirkan baby comel..



u olls mmg sporting...(posing kat ktm KL, ramai yang tgk tu)


Outdoor photoshoot da abis, slumber je pengantin lepak kedai mamak..

Acara Membuka Hadiah (Thanks All) - sangat terkejut dengan hadiah² yg kiteorg dapat, paling unexpected dapat 4 microwave, macam tau² je aku ni pemalas, panaskan aje lauk ye...
 All those pics are exclusively publish in this blog only, kat facebook tak upload pun. Ada pun orang tagged je. Thanks to: danialhaikal and Ajis for the luvly pics, Syahrir Nurdin for the nice royal blue outfit with pelamin and walkway, Kak Nurul for the gorgeous make-up, Kak Ina for the catering, my family for all the hard work and friends especially for those yang banyak tolong/sponsor dan involved from the beginning lagi.

Mode: gembira sgt..yey....