Tuesday 25 December 2018

Kenduri kawin Nadia & bercuti di Ancasa Royale Pekan Pahang

Julai yang lepas kitorang pergi bercuti di Pekan Pahang, alang2 pergi kenduri anak sedara hubby, kitorg bercuti skali kat sana. Yang paling best dapat jupe bff yang da lama tak jumpa..wlopun dapat berborak sekejap je, jadilah buat pengubat rindu...

Orked siap duduk sebelah pengantin makan beradap skali.. 

Selamat Pengantin baru uolss. Masa ni Qoied dah berlari2 ntah ke mana2 dah

Lepas kenduri terus check in di Hotel Ancasa Royale, sedikit review pasal hotel ni, kitorang so far puas hati dengan keluasan bilik ni, serius mmg spacious, boleh bentang  toto kalau nak tdo beramai-ramai, tak expect bilik ni ada bath tub, sbb amik bilik biasa je bkn executive ke ape, so seronok la budak dua org tu tgk bath tub, tu blom lagi tgk swimming pool yg mmg besar, so puas hati la stay kat sni, book pun masa tgh murah kat Agoda je.. Cuma masa sampai aritu masuk bilik ada bau rokok, wlopun da terang2 tulis no smoking in the room. So we ols mintak tukar bilik sbb husband mmg bukan perokok n tak tahan bau rokok tu agak kuat. Mujur ada kekosongan masa tu. Breakfast tak byk variety tapi makanan boleh tahan sedap.

Tgk super excited budak2 ni

bilik yg luas, best!

nak buat keje office sambil tgk tv pun boleh



View swimming pool dari tingkat atas, besar kan pool dia? Siap mengadap sungai lagi pool tu

Qoied dah tak sabar nak terjun, suh pandang camera pun tak mau



Nak buat team building or family day pun boleh sbb kawasan sekeliling hotel ni luas, masa kitorg stay sni pun ada team building.

Yey dapat jupe Ain & family kat sni, rinduuuuu

Walau da lama tak jupe, Orked & Ummar masing2 masih ingat each other.. Cuma budak kecik berdua tu je belum kenal2 lagi..hehe..bile la dapat lepak lagi mcm ni kan..

On the way balik kitorang singgah Jaya gading beli keropok lekor dan makanan2 pantai timur, nak naik atas lagi sampai kemaman macam jauh, so dekat sni on the way balik ke kl dari pekan lalu gambang tu boleh la nak singgah sbb satu laluan je



Tengah hari kitorang singgah Temerloh pekena gulai tempoyak ikan patin.. Tau tau nak makan kedai mana, tapi bile da sampai mcm nampak iklan/signboard kedai Go Bang Maju area2 situ, so kitorg terjah je, mujurla sedap2 lauk dia. Kena la dgn tekak kitorg. Tapi member yg mmg asal org temerloh cakap situ biasa2 je, dorang rekomen Ikan Patin Pak Usop. So next time pegi sna nak try situ pulak.

Pada tekak saya, ikan patin ni sedap. tak hanyir dan kuah dia tak cair dan tak pekat sgt, just nice..

Ada ikan bakar jugak

Lauk dia served siap2 dlm mangkuk kecik mcm ni, tinggal nak amik je.

Boleh pilih sendiri seafood ape utk dibakar, harga pun ikut size la jugak

Add caption


Daging salai masak lomak cili api ni sedap



Lepas pekena ikan patin, kitorg singgah Karak makan doyan..mekaseh busu Dillah n Paksu Rosli belanja we ols makan durian. Qoied suka eh durian..huhu





Selamat menjalani kehidupan berumah tangga utk Nadia & mohd.noor.. Moga bahagia hingga Jannah.. Sekian journey we ols ke Pekan, Temerloh, Karak, Pahang xoxo.

No comments:

Post a Comment