Lately kitorg selalu balik kampung sebab husband tengah buat projek bekalan pencen dia dalam masa 14 tahun akan dtg. Projek apa tu? Kena baca sampai habis baru tau. (Eh ada ke orang baca blog kite ni, hehe). Memula taknak ikut balik kampung sebab cuti Deepavali ialah hari Rabu, jadi Isnin & selasa tu kerja(Annual Leave tinggal 4 hari je kot) husband memang awal2 dah apply cuti Isnin dan Selasa sebab nak habiskan projek dia tu, tapi dia asik mengajak balik sama, so dah alang2 akan lama kat Melaka, trus google2 hotel ape yg tgh murah, boleh la jalan2 bawak anak-anak bercuti, konon nak bagi my mama rehat jugak sbb cuti lamaaaa dari Sabtu sampai Rabu (takyah dia jaga cucu 5 hari), tapi tetiba mama nak ikut pulak. Ha, bagus juga la mama ikut sebab ada lah peneman kami bile en.suami nak balik kampung dia tu nnt kan..
|
Sampai je Melaka, trus gi Jusco/Aeon nak cari makanan/minuman buat bekalan utk santai2 dlm bilik Hotel nnt, boleh pulak menyinggah nak buat henna si Orked ni, layankan lah.. |
|
Check-in kat Hotel Novotel, call hotel nak check in awal, tak boleh katanya sebab bilik penuh, so keputusan yg bijak utk pegi sopink dulu tadi, and just nice je sampai hotel kul 4 dah boleh check in. |
|
Un-pack barang dan susun makanan, tengok aje muka dorang berdua, excited dah tuu nak gi swimming |
|
Tadaaa..ni bilik kitorg, tak brape besar dan tak lah jugak kecik, dan sbb tak expect mama nak ikut, kitorg dah book Hotel awal, seb baek ada sofa besar kat tepi katil, boleh la husband tdo mlm tu satu malam, next day tu dia da balik kampung (dlm 40minit camtu perjalanan je, dia dtg amik kitorg time check out ari isnin)
|
|
As usual, kitorg pilih Hotel yg siap2 breakfast included, so tak payah nak pikir nak g makan mana, tgklah tu punya la susah nak makan sopan2, ada je yg tak duk diam tgh makan..hehe |
|
View dari bilik kitorg, seb baek dapat view mengadap Swimming Pool, cantik sket pemandangan, yg tak best nya, bile si Orked nmpk je, asik ajak g mandi..penat woi pagi petang mandi, dah la si abah takde nak teman dia g mandi, tepaksa la bergilir2 dgn nenek bawak dia swimming |
|
Lepas mandi bawak pula dorg berdua gi main kat family room kat area Lobby, best Hotel ni ada playroom mcm ni utk budak2, kat luar bilik ni ada tiga/empat desktop utk melayari internet (tak amik gmbr la pulak) so mak ayah leh duk kat luar tu sambil tggu anak2 abis main sambil berinternet |
|
Tapi ibu tak berani lepaskan dorg berdua je main, ibu pun join dorg jgk, takde lepak kat luar tu. Dlm playroom ni ada jgk playstation tapi dah occupied. Budak2 yg besar sket awal-awal dah chupp |
|
Dah penat swimming dan main di playroom konpem perut dah lapar, kasi Qoied kat nenek mintak tlg jaga jap, sementara Ibu & Orked gi cari late lunch kat area Hotel, memandangkan abah Orked dah balik kampung, kitorg jalan kaki la sbb dah takde kete, Mujur sopink mall yg attach dgn Hatten Hotel dekat dgn hotel kitorg, tapau makanan n makan dlm bilik je. |
|
Breakfast the next day, masih tak senang duduk bile makan ngn budak dua org ni... Pening nenek..hehe, breakfast byk pilihan, kesedapan nye boleh laaa..tapi klu nak banding dgn Hatten, sedap Hatten lagi |
|
Mandi dan mandi lagi, stress Ibu tak dapat join, knape la tak check period tracker sblom dtg sni..hoho, sudahnya jadi photographer si Orked jelah. Life Jacket Orked tertinggal, gigih abah cari kat kedai DIY, nasib baik ada jual, sbb si Orked ni suka swimming kat pool org dewasa, dah ibu tak boleh swimming sekali dgn dia, mmg wajib la ada life jacket ni sbb swimming sorg2, tapi harus dipantau, (parent jgn leka walau sesaat pun wlu ada life jacket tau, jgn duk tengok hp je- reminder utk diri sndiri ni) |
|
Kitorg naik je ke bilik tengok si Qoied dah tertido kepenatan bermain dgn neneknya, hehe |
|
Aktiviti malam yg boleh dibuat kalau dah sampai ke dataran pahlawan ialah dengan menaiki beca & round2 area Dataran pahlawan dan kawasan sekitarnya. Pilih je beca mana nak, berlambak kat tepi2 jalan. Sekali naik, RM25 boleh naik dua dewasa & satu kanak2. |
|
Tapi tak sampai hati nak naik dua dewasa sbb kitorg semua besar2, haha, maka ibu & Qoied jelah yg teman si Kakak yg beria-ria mintak nak naik beca, bukan jauh pun dia bawak round, mcm nak bawak beca jgklah part time, masyukkk...haha...siap brother beca ni pasang lagu peveret Orked..dimanaaa Pokemon dimana kamuu...lalalala |
|
Sempat juga kami singgah di pusat membeli belah kraftangan yg ada jual macam2 souvenir & kuih muih utk dibawa balik, semua kedai harga lebih kurang aje, pandai2la korang tawar-menawar utk dpaatkan deal yg berbaloi, mcm kami tak de membeli sgt, just nak cuci mata, lagipun hari sabtu ada pasar malam kat sebelah ni, lupa apa nama tempat ni, tapi dia opposite dataran pahlawan aje. Sebelah dengan kedai famous asam pedas, pun tak igt apa namanya. |
|
Esoknya sebelum check out kitrong turun lagi ke swimming pool & main sepuas-puasnya. Qoied pun berenang sama, syok tengok kaki dia cuba nak berenang2 itik..copycat kakak nya.. |
|
Yang best nya kat Novotel Hotel ni, ada playground kat tepi swimming pool, so Hotel ni sesuai la utk org yg ada anak2 kecik, selain dari boleh swimming, dorg jgk boleh main kat sni, tengok ajelah muka happy si Qoied tu |
|
Slide yg ada kat playground tu trus attach dgn pool, mmg syok la budak2...klu besar sket slide tu mmg konpem mak budak pun terjun sama..hehe |
Elok je dah swimming, terus naik dan packing barang utk check out, abah pun masa tu dah on the way amik kitorg..Smooth je 3D2N short vacay kami, Alhamdulillah. Oh ye sblom terlupa, tadi dah mentioned nak bgtau projek apa yg husband tgh usahakan kan? Haa, ni ada dua picture kebun dia yg dia tgh usahakan...katanya nak tanam mcm2 kat sni sebagai bekalan lepas pencen nnt, takdelah nak mengharapkan epf je semata. Bukannya byk mana pun epf tu, kite pun tak tahu umur Allah bagi smp bile kan...jadi this is one of the project so far. Kalau uolls perasan, cuba zoom sket gmbr tu, boleh nampak pucuk2 kelapa mataq (kelapa yg pokok yg rendah tapi banyak buah) dah pun siap di tanam, Alhamdulillah 200 pokok kesemuanya. Doa2kan lah moga tanaman ni subur dan tidak diganggu musuh atau haiwan2 yg tak diundang ye.. Moga setiap dari apa yg diusahakn en.suami akan juga memberi rezeki buat org lain. Aminn..
|
Tanah yg dah hampir siap tanam anak pokok kelapa matag |
|
Ni lah rupanya anak pokok kelapa matag |
Bye2 xoxo
No comments:
Post a Comment