Sunday, 21 May 2017

Happy Birthday Qoied

Wah..da bersawang2 blog aku ni.. Baru perasan tahun 2017 ni langsung takde satu post pun publish...huh, nampak x, akak busy sgt gayanye ni..Takpe2, sebagai pembuka cerita utk 2017, kite mulakan dengan throwback gambar2 Qoied Ibrahim since lahir sampai la umur setahun. Sekejap je masa berlalu, dah setahun dah awak ni Qoied. Rasa macam baru bulan lepas Ibu melahirkan awak, dah meniarap, merangkak, berdiri & berjalan! Laju betul 10 bulan dah taknak merangkak dah...walau byk kali terjatuh masa berjalan, awak tak putus asa langsung nak belajar jalan.. Good job Ibrahim!

0 Bulan - Qoied Ibrahim baru lahir (Hospital Az-Zahra Bangi)

1 Bulan - Dah habis pantang, terus buat Aqiqah utk dia

2 bulan - Mata masih sepek, kelopak tak brape nak ada, bulu mata pun blom panjang

3 Bulan - Hurm, bulu mata dah start panjang, pandai pulak hisap jari bile nak tido, puting taknak

4 bulan - dah mengiring macam nak meniarap, kuat menyusu

5 Bulan - yey dah fully boleh meniarap, kerap jugak, asal baring nak meniarap, pandai jgk pusing ke kedudukan asal semula

6 Bulan - Dah pandai ketawa terbahak-bahak, air liur banyak masa ni, mcam tau-tau je dah boleh makan

7 Bulan - Merangkak sangat laju, pastu boleh berdiri tapi kena pegang something

8 Bulan - Dah boleh duduk, dan minum pegang botol susu sendiri

9 Bulan - Hurm, dah pandai punggah barang! ayo...dah boleh berdiri tegak, dapat a few steps

10 Bulan - Terkejut Ibu, dah boleh jalan awak ni dik, main pun dah lasak, boleh bergaduh ngn kakak dah hehe

11 Bulan - Ni scary, sebab dia ada 4 batang gigi dah fully tumbuh, 2 lagi dah mula nak nampak, sbb ape scary?? sebab dia menyusu sambil mengigit, menjerit la ibu tengah malam2 buta bile tgh breastfeed si comel ni..aduhh

12 Bulan - Happy Birthday manja ibu Qoied Ibrahim! Sekejap je dah setahun, masa ni dah taknak merangkak langsung, berjalan dan boleh berlari sikit2, fully breastfeed Alhamdulillah, makan pun selero je, cakap pun banyak tapi bahasa dia la, dah boleh paham apa yg kite cuba nak sampaikan kat dia, dah mesra dgn org yg dia tak kenal..


Ibu tak buat birthday party macam ibu buat utk Kakak Orked dulu tau sbb masa Qoied setahun ni, kite semua satu rumah sakit mata & demam, utk mengelakkan tetamu terjangkit, better xbuat. Tapi next year ada rezeki lebih sket kite sambut ye...Apa2pun ibu & abah loves u and kakak very much! Semoga Qoied membesar jadi anak yg soleh, baik budi bahasa, dikurniakan kesihatan yg bagus, dimurahkan rezeki, umur yg panjang dan dikelilingi dgn org yg baik2..Aminn...



















No comments:

Post a Comment