Tuesday, 22 November 2016

Bercuti bersama di Langkawi #2016Holiday

Hujung minggu lepas(17-20Nov) kitorg pergi bercuti di Langkawi. Last pergi sini masa umur Orked 5-6 bulan camtu dengan family2 yang lain, tapi kali ni kiteorg pergi dengan Lisa & her family. Tak planned sangat pun, kira macam adhoc jugak sebab kiteorg dah lama tak spent time sama2 sejak masing2 dah kahwin, busy melayan anak2 lagi, skali bile berwatsep tanya kabar trus datang idea nak pergi bercuti sama-sama since kiteorg both baru melahirkan baby this year, konon alasan nak memanjakan diri lah hehe.. Husband masing-masing pun on je, apa lagi, cepat2 cari tiket flight, book hotel dan google tempat-tempat menarik kat Langkawi, kebetulan rezeki kiteorg masa tu dapat tiket murah naik MAS pulak tu, trus grab ler. So jom baca perjalanan jejak langkawi kami selama 4hari 3malam, kot2 ada pengalaman kami yg boleh dijadikan panduan utk korang yang nak bercuti di sini nanti...cewah..

Meet point kami di KFC, KLIA - Apabila Qoied bertemu Aqeela, senyum lebar ye jupe awek!

Dah lambat nak masuk boarding gate pun sempat lagi bergambar kat kedai cekelat

Alhamdulillah cuaca sangat baik selama kiteorg berada di Langkawi..padahal kat KL hari2 hujan, so tips utk korang yg nak bercuti, solat & doalah banyak2 mintak pada Allah utk dapat hari-hari yg baik keadaan cuacanya..seriously, the power of doa!

1st flight for Qoied Ibrahim (7monthsold, syukur)

Duduk dekat2 senang nak wefie

Alhamdulillah safely landed

Takleh bukak mata, panas nau2

Tukar2 photographer

Kiteorg stay kat Hotel Seaview, area Pekan Kuah. Mudah nak ke mana-mana dan yang paling penting dekat sikit dengan tempat nak shopping, hehe. Sedikit review pasal Hotel Seaview ni, so far semuanya okay dan selesa, kalau tak silap dulu hotel ni hotel lama, tapi dah renovate maka peralatan kebanyakkanya semua baru dan ada swimming pool half berbumbung. Tips kalau nak pilih hotel, cari la yg ada breakfast provided, boleh je kalau nak merasa makan kat luar sebab kat area pekan kuah ni banyak kedai makan. Tapi kiteorg prefer pakej hotel yang ada breakfast senang tak payah nak pikir2 lagi nak g breakfast kat mana, plus dgn membawa budak2 yg agak hyper, memang susah nak control bile makan kat luar. Bangun2 tdo je boleh terus turun ke cafe dan makan sepuas2nya, pastu terus terjun swimming pool...ha..kan senang..kalu makan kat luar dah kena siap2 bagai...

gelap pulak gambar ni, klu nak tgk facilities lain yg ada boleh je google Seaview Hotel, Langkawi

Dari bilik kiteorg boleh nampak laut tapi jauh 

Anak dara dah boleh diharapkan utk amik gmbr..good job Orked!

Check in Hotel dulu baru gi jalan2

Destinasi pertama kami dah tentu2 nak g naik cable car. At first pergi situ nak beli tiket aje utk naik keesokan harinya sbb dah petang takut hujan dan tak sempat (kiteorg bajet mesti ramai orang the next day tu, taknak lama menunggu beratur esok, decide g beli tiket siap2), sekali cuaca elok tak mendung pun, memandangkan perjalanan dari hotel nak ke Cable car tu agak jauh, kiteorg terus decide tak payah tggu esok, naik hari tu jugak...haha, mmg adhoc betul. Mujur buat keputusan yg betul sebab hari khamis tak ramai org..yahhhoo...

Sebelum naik skycab kena singgah skydome semetara menunggu turn. Skydome ni memang dah ada dalam pakej tiket. Taknak masuk pun takpe tapi still kena tggu org lain abis menonton dalam skydome baru boleh beratur utk ke cable car ride.

Harga RM30 adult, RM22 child - price utk MYcard holder, international lain ye

Lisa & her family - 1st time dorang naik cable car kat sni, bak kata Ajis, 10 tahun tunggu haha

Gayat wehhh.. amik gmbr byk2 sbb bkn slalu pun dapat naik kan

Walaupun rasa scary, tetap maintain senyum

Ni dah kenapa ada darth vader sesat plak kat gunung mat chinchang ni

Kalau korg dah smp kat ats ni, ada org jual2 gmbr dan salah satu drpd nye jual lukisan kartun yg lukis on the spot, pandai dorg tarik perhatian budak2 dgn tunjuk gmbr dress cinderella cam gni yg membuatkan anak2 spt Orked tertarik lalu memaksa abahnya utk beli.. Lama kot nak tunggu org ni lukis muka orked, sama ke tak ngn Orked???? haih, melayang duit abahnye...rm30  yg ada kaler, RM10 black n white

Dah sampai kat station yang terakhir, ada tangga utk pergi ke sky bridge RM5, tapi kalau bawak baby, org tua atau sesiapa yg tak larat nak jungle trekking (10min klu jln kaki) boleh la naik skyglide utk ke sky bridge, RM11 dewasa RM5 kanak-kanak. Kitorg pilih naik skyglide, tak larat nak jalan, plus dah nak petang tak sesuai bawak baby kat dlm hutan tu kata org kaunter tiket.

Yey smp jgk kat puncak sky bridge yg menghubungkan antara dua gunung mat chincang

Berani betul budak dua org ni duduk kat platform kaca ni, mak2 budak duduk tepi2 je

Olololo, tak de sape suruh posing cium, memadai je buat abah melted...ada agenda tersembunyi lah tu..

Sejuk kat atas ni, suhu macam kat cameron, best

Cantik kan view kat belakang tu, subhanallah

dah puas bergambar lepak2 kat skybridge, masa utk balik...sambil2 tggu skyglide jemput kiteorg, posing dulu
The next day:
Mandi-manda di swimming pool adalah favourite Orked. Tu reason pilih hotel ada swimming pool, walau pool nye agak kecik tapi jadilah utk budak2 swimming..rugi kalau tak mandi...

Ada tempat santai2 kat tepi2 swimming pool, ni yg best boleh baring2 sambil tgk sunset...giteww

Yang best pasal swimming pool ni, adalah sbb ianya indoor dan separuh outdoor, so klu hujan masih boleh mandi

Pagi2 lps bekpes trus ke sni, qoied masih berbaju tidur

Aqeela yg tak takut air langsung, seronok betul tgk dua beradik ni mandi, mama nye pun excited hehe

Berbeza dgn Aqeela, Qoied sgt takut dgn air..Adoyai anakku...why why..

Walaupun air pool tu sgt sejuk, aqeela masih bersemangat nak swimming..good job Aqeela

Destinasi hari ke2, kami ke underwater world, bawak budak2 tgk hidupan dalam air. Tempat ni lebih kurang macam Aquaria kat KLCC, tapi sbb tak penah masuk, rasa teruja nak tgk camner lah langkawi nye version. Macam-macam hidupan laut kite boleh tengok dan belajar, budak-budak lah yg super excited, tapi syg masa ni macam takde ape2 persembahan atau Animal feeding session pun, ke kitorg yang tak aware ada performance? Yelah mana tak nye, asik berkejar kan anak memasing yg lari tak cukup tanah..haha.. Tips: Ada sesetengah org cakap, kalau nak senang berjalan, bawak stroller, nanti kalau dorg letih atau mengantuk, stroller sgt berguna utk dorg rehat, kite pun tak penat nak dukung, tapi for us, dua-dua tak bawak stroller, sbb malas nak angkut, dan kalau boleh saja nak bagi anak2 explore secara bebas dan unlimited. Lagipun kiteorg dah sewa kete kecik je, space constrain. Bile anak2 penat, kiteorg bagi dorg tdo kejap sambil ronda2 dlm kete, bile dorg dah energize, sambung balik exploration.

Outdoor aquarium, cozy dan tak panas sgt

Banyak pokok2..jadi selesa sket jalan2

Tengok tu, budak2 yg suke explore & teruja

Patut lar Orked suke posing2, ibunya pon sama! mak2 pun teruja juge

Pandai penguin ni, berenang-renang ikut jari org yg tunjuk2 kat cermin tu..

Mula2 tak perasan ada penyu kat situ, skali budak2 ni tunjuk baru nampak, eh jap jap jap penyu ke kura-kura ni? Lain macam je kaler dia, haha fail betul!

Susah nak amik gambar group photo yg skema sbb dorang ni kejap kesana kejap kesini, haih...,mana dan jelah

Lupa dah nama ape screensaver ni, ada 3D animal jalan2 nampak cam real..this is super cool!

Ni sama macam dlm apps yg boleh add muka haiwan kat muka kite, mcm snapchat

Elok pulak Qoied pandang camera

Lena Aqeela tdo dlm mama kangaroo hehe

Ikan kat kolam pun ado, ni outdoor dia

Destinasi ketiga: selepas jalan-jalan kat underwater world, pada hari yg sama, kiteorg singgah pulak kat pantai Tanjung Rhu. Orked dari 1st day asik cakap nak main pasir, Nenek nya dah melarang jgn main tepi pantai sbb skrg kan musim hujan, takut tsunami tetibe, dia risaukan cucu2 nya. Memandangkan cuaca nmpk okay, kiteorg singgah Tanjung Rhu konon nak lepak2 minum ptg, skali Orked mengamuk nak main pasir, terpaksa la beli baju utk dia basahkan sbb tak bawak baju extra utk orked, ada baju qoied je. Tips: kalau pergi jalan2 make sure bawak baju anak-anak baik yg baby mahupun yg kakak/abang. Sebab situasi unexpected mcm ni konpem akan berlaku.

I luv this picture, macam dalam calendar pulak, mekaseh photographer! Tak sia-sia bercuti dengan photographer profesional, ahaks!

Berbeza dgn gmbr kiteorg tadi, bile yg tukang amik gmbr bukanlah professional haha...mntk maaf korg..

Papa melayan kerenah anak gadis

Bagus betul Aqeela ni, air tak takut, pasir pun tak geli...
Berbeza dgn Qoied, ingatkan air swimming pool sejuk sbb tu melalak, rupanya air laut yg suam2 pun takut...pijak pasir pun nangis...hehe, xpela nak, cuba lagi ye...

Alang2 dah ada jurugambar, posing la ala2 pre-wedding gitu, tapi Qoied pulak tumpang sekaki

Yey, akhirnya dapat jugak merealisasikan permintaan Orked yg nak main pasir, siap pau abah nak beli mainan korek2 pasir hmmm...

Cantik kawasan pantai ni, saja taknak g pantai cenang sbb kat situ dah biasa, crowded sket, kat sni tenang tak rmai org

Ni kete sewa kiteorg, asalnya dorg nak bagi almera, tapi bile da smp bagi vios pulak...ape cer.. Next time kalau korg rmai mcm kiteorg, amik kete besar terus cam avanza ke, Innova ke


Part jalan-jalan cari makan:
Kalau korg duk kat kuah, memang senang nak cari tempat makan, merata-rata boleh jupe kedai makan. Macam kiteorg dah duk kat pekan kuah, kebetulan Hotel kitorg dekat je dgn HIG mall, lagi lah byk lot kedai dan foodcourt. Setakat nak kenyang kan perut yg tgh lapar tu boleh sgt. Ada satu hari tu, kiteorg google tmpt menarik utk makan lunch, skali rmai yg suggest Kak Yan Nasi Campur, apalagi, trus waze cari tempat tu. Tapi takde pulak gmbr kat situ, sbb masing2 da lapar tahap gaban. Seperti yg org recommend, mmg best makanannye, byk lauk dan tak berapa mahal. Hari-hari berikutnye kiteorg main bedal je, sbb nak makan beria beradap sopan santun mmg tak dapat la sbb budak2 ni takleh duk diam seminit pun, kalau dah bagi gadjet, boleh duk diam sikit, tapi tetibe baru nak suap makanan, baby pulak ngamuk...maka, kiteorg memang tak pilih sgt kedai makan, mana yg sempat je, kadang2 tapau makan kat bilik hotel.

Food court kat dpn HIG mall ada macam-macam, senang sikit

Nasi goreng Langkawi namanye, 1st time try. Not bad!

Dinner kat Shell Out, kat KL ada jgk shell out tapi tak pnh try, so kite cuba kat langkawi. Kat sni byk kedai Shell out, kiteorg pilih yg dkt je ngn hotel.

 Rasa dia boleh tahan, tapi sbb makan laju2 (anak dah nangis nak tdo) maka tak dpt lah nak menikmati kesedapan tu 

Breakfast di Hotel

Kakak Orked yg slalu nak duduk sebelah Ameera dan pada masa yg sama nak Qoied jgk sebelah dia

Mak2 menunggu kereta di lobi

Destinasi ke4, hari sabtu adalah hari yg kiteorg tetapkan utk bershopping sahaja. Haha..Ni lah waktunye mak2 akan super excited. Weeee...Bapak2 konpem stress sbb banyaknye duit mengalir mcm air. Haha, sabar ye kaum adam..bkn slalu. Sebelum kiteorg memulakan langkah ke shopping mall, kiteorg sempat singgah dataran lang, utk bergambar dgn mercu tanda Langkawi iaitu the famous replika gergasi burung helang. Cuaca memang best bak hang...Alhamdulillah..


Ramai tourist termasukla kiteorg, walaupun panas terik, sanggup redah utk bergambar punye pasal

Nak amik gambar dorg satu family yang betul-betul pandang camera mmg mencabar..haha

Tak dapat naik ferry ngn boat, bergambar jelah ye

Daddy hot =)

Masih tak dapat perfect picture heee

Sambil jalan sambil wefie

Penat berjalan tgh panas, berehat minum-minum sambil makan ais krim

Sedap nye Meera makan aiskrim

Slalu bergambar jadi mak kangaroo, kali ni baby2 tak masuk dalam poket baby carrier, sonok pulak tgk muke Qoied happy je

Muka mmg happy tak duk dlm baby carrier, tapi nak dukung berat woi, dah nak dekat 9kilo  


Shopping time!! :
Gambar tgh shopping mmg xde satu pun, manala sempat nak amik sbb sibukk sgt sopink..Neway tips utk dapat barang2 murah dan tak menyesal beli adalah dgn pergi survey dulu byk2 tempat, last skali baru beli. Kat Langkawi ni ada banyak je kedai menjual coklat, tapi ada setengah yg murah ada yg mahal, kena tgk coklat ape, contoh nye, kalau kinder bueno dalam satu kotak (ada 8 paket) kat HIG mall RM20.90, tapi kalau kat Jetty Point, tiga kotak dapat RM57 (maknanya satu kotak RM19) so lebih jimat kalau beli kat Jetty point. Memandangkan kiteorg dah isi myk kete penuh, so jalan2 survey dan pegi balik ke kedai yg lebih murah tak jadi hal lah. Ulang alik ke Pantai cenang sebab nak beli coklat yg lbh murah pun tak kisah...janji berbaloi penjimatannye..

Sementara tunggu mak2 g membeli belah, kasi budak2 have fun jap, kalau tak mmg berkeliaran kesana sini

Kalau nak beli rokok, kena tunjuk IC, nnt Kastam akan rekod, dorg mmg ada je kat tmpt mnjual rokok, satu IC satu katon je lepas. Ni kat Coco Valey pantai cenang, sama harga dgn kat jetty point. Bile dah beli, pergi jalan2 kat pasar malam, ada peniaga jual lebih murah, cisss...rugi disitu...sbb tu survey dulu baru beli...

Korang mesti ada anak2 yg suke sgt dgn surprise egg macam kinder joy ni kan?? Kalau kat KL benda alah ni Rm4 lebih, plg murah pun RM3 lebih, kat Langkawi, kedai lain pun sama RM3 lebih, cuma kat Coco Valley Pantai Cenang aje jual RM1.50!!!! Murah gler, kiteorg masing2 amik sekotak terus, mainlah puas2 cik Orked, cik Ameera...

Untuk org yg suke nutella, kat HIG mall je ada jual nutella yg murah cmni, dulu kakak pergi cuti kat sini awal tahun aritu dapat lebih murah kat coco valley pekan kuah, tapi time kiteorg dtg xde nutella langsung kat kedai tu.

Setelah dikumpul semua coklat yg org kirim dan sendiri mau makan, ni lah hasil tangkapan, gler ah..byk betul...makanlah puas2 ye

Destinasi ke5, kami ke restoran seashell, kalau tak silap dulu restoran ni dikenali dgn nama laman padi, skrg dah tukar. Restoran ni beroperasi dari 12.30tghari smp 10mlm. Apa yg istimewa ttg restoran ni, off course sbb view dia yg sgt cantik, kiri kanan ada sawah padi. Kena dtg awal kalau nak dapat makan kat pondok di tengah laman padi tu sbb tak byk pun pondok2, kalau dah penuh boleh makan kat dalam restoran aje, tapi view laman padi tu masih boleh nampak.

Eh eh eh...suka benar Qoied 

Aqeela pun suka

Tengok tu, pondok2 adalah terhad, nasib baik kiteorg smp ada satu je lagi pondok yg kosong

Selfie dulu ngn Qoied, org cakap muka dia ni sebiji macam my mama (nenek Qoied), ye ke?

Ada org tu...dia cakap, "nmp kurus la dalam gmbr ni", ok ok kasi chance la kat dia, upload satuuu

Menu kat restoran ni tak banyak pilihan, semua Nasi kukus. Yang beza nya cuma lauk pauk nye aje, ada ayam, itik, daging, ikan dan lamb. Gulai kari kambing tu sedap.

Seronok makan kat sni sebab boleh santai2, anak2 pun boleh baring2, ada kipas disediakan kat setiap pondok, so takdelah panas sgt..

Masih takde gmbr yang semua pandang camera..hehe..cuba lagi ye...

Cantik! mana nak dapat kalau kat KL? Sopink mall byk ler kalau kat KL, so, semtara dapat pergi tu, kenala menikmati sepuas-puas nye

Acecece..pengantin lama amik gmbr post wedding pakej ada baby lagi! haha

Malam tu kiteorg just pergi pasar malam di kuah, biasa aje pasar malamnye sama macam pasar malam kat tempat2 lain. Tapau makanan dan makan dlm hotel je. Kalau google blog org lain, byk lagi tempat makan yg best2 kat Langkawi yg tak sempat kami nak try, tapi review mcm menarik, so korng pun boleh google utk jalan2 cari makan kat Langkawi ni. Actually, byk lagi tempat menarik yg kiteorg tak melawat mcm makam mahsuri (ni lalu je aritu sbb dah pnh pegi), pulau payar & tasik dayang bunting (tak pegi sbb kna naik boat, ssh bwk baby), beras terbakar, wildlife park & bird paradise, Muzium 3D, taman lagenda, Telaga tujuh, dan lain-lain. Nak cover semua tmpt dgn bawak budak2 yg active dan baby mmg perlukan masa yg lama, sbb bile dorg dah penat, kna bagi rehat dan tido utk recharge tenaga dorg sblm kembali explore, 4H3M tu pun rasa mcm dah okey sgt utk jalan2. Kalau nak pergi melawat semua tmpt kena sediakan budget yg mencukupi sbb kebykkan tempat perlu bayar tiket yg agak mahal untuk masuk. Neway, in summary, quality time bersama family & friends adalah target utama kitorg utk bercuti dan rasanya agenda tu dah pun tercapai.. Yahooo...

Bye2 Langkwi, jupe lagi next time

Alhamdulillah selamat sampai di KLIA..Pergi bwk satu beg bsr, satu beg kecik, balik KL tetibe ada satu beg besar extra..huhu 

Next nak gi mana pulak Lisa, Ajis???



1 comment:

  1. MainDuluPoker.com Agen Judi Poker Indonesia Terpercaya
    Cara mudah mendapatkan uang dari poker online
    modal 15 ribu bisa menang ratusan juta rupiah
    Dapatkan Bonus Setiap Deposit Pertama

    Temukan Cara dan Trik Bermain Poker di TrikBermain.com

    ReplyDelete