Tuesday, 11 October 2016

Riang Raya 2016

Hari ni adalah hari ke 10 pada bulan Muharram didalam kalendar Islam, atau lebih dikenali dengan Hari Asyura. Bersempena dengan hari asyura, saya nak buat major throwback gambar-gambar hari raya bulan syawal yang lepas, hehe takde kena mengena kan?... selalu org buat bubur lambuk asyura...neway, tahun ni raya tak banyak berjalan sangat tapi buat sikit kelainan dengan bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort, saje bawak kanak-kanak bermandi manda...mak mak dan bapak bapak boleh jgk berehat dan mengeratkan silaturrahim...

Kami yang bertemakan Merah tahun ni - Raya Pertama

Free Style - Semua ada raya kali ni..yey

Keluarga along pilih tema hijau lime

Tengah betul2 tudung dpn cermin, sempat lagi posing bile si Icat amik gambar

Qoied dgn uncle...1st raya utk Qoied

Menu dipagi raya -Rendang, Lemang, Nasi impit, lontong, macaroni cheese, buah-buahan dan dessert

Sebelum balik ke kampung buaia di pandang rengas Perak, kami singgah dulu beraya di umah Makde di Kuang

Raya Kedua - menziarah sanak saudara di Perak, kampung Opah, tahun ni tak balik Melaka, InsyaAllah next year beraya dgn keluarga husband pulak..

Tema Biru - Raya Kedua

Segak je en.Suami dgn baju rekaan Syahrir Nurdin, siyes baju ni sgt kemas jahitan nye

Seronoknye tahun ni dapat sama2 beraya kat Perak, slalu giliran mesti clash

Amboi minah bunga ni kemain bersolek, kalah mak

Raya Ketiga - Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort..YAhhooo

Ada yg tak dapat join, klu semua dapat pegi lagi meriah ni..

Mekaseh kepada orang yang sudi sponsor tiket masuk ke waterpark ni..Moga dimurahkan lagi rezeki kalian

Budak-budak lah yg paling happy kalau ke taman tema

Semua bergogle, korang nampak ikan tak dalam air tu? heee

Orang gi beraya, kome gi bermandi manda pulak heee

Cantik pulak gambar ni, pandai photographer bukit merah ni...Awesome!

Hari-hari yang seterusnya cuma beraya disekitar Selangor dan KL aje, tapi godek2 handphone macam takde pulak gambar nye, baru perasan rupanya tahun ni mmg tak banyak gi beraya, ada pun pegi open house umah Chu kat muar, tu pun tak amik gambar, last2 terjumpa satu je gambar beraya kat umah Azuin...neway, Maaf Zahir & Batin...Happy Belated Raya..haha



Lama tak jumpa Ayu & Djuhana, sonok dapat berkumpul n borak-borak camni



Monday, 10 October 2016

Qoied Ibrahim nama diberi

Assalamualaikum..

3 April 2016
1.15pm
3.4kg
tepat masa azan zuhur berkumandang, lahirlah seorang lagi permata hati ibu, yang telah lama sangat ibu nantikan...almost 5 years we waited for your arrival to this world..Alhamdulillah...
Qoied Ibrahim...Selamat datang sayang...

Overdue 1 hari, wlupun terpaksa menahan sakit lepas kena induce masa nak bersalin, bile tengok wajah qoied ni, hilang segala rasa sakit tu, penantian yg berbaloi.. Alhamdulillah

Kakak Orked yang super excited dapat adik yang di idam-idamkan

Cer tengok betul-betul, rupa Qoied Ibrahim macam muka nenek nya kan..Heee

Opah Cik pun datang tengok Qoied, mekaseh..

Mata ada sedikit sepek heee

Abang Thaqif pun excited jugak dapat sepupu baru..geng dia plak tu

Olololo, boleh dikatakan 24jam nak cium dan dukung adik... harap dah beso nanti pun sayang adik jaga adik ye

Masih dalam pantang tapi macam dah abis pantang..ni semua gara-gara kuat menyusu susu ibu..maka ibu pun kuat makan utk memperbanyakkan susu, cewah alasan sgt

Posture tidur feveret Ibrahim

dipaksa baring atas karpet utk melayan kerenah ibu yg konon-konon nak amik gmbar background lawa..nak hired photographer professional xde bajet pulak..karpet pun jadilah

Rimas la kakak ni asik ciummm je

Qoied sama tembam dgn abah ngeh3, tapi takde muka abah kan..kan..
 

Dengan Mama Long
Sekarang dah jadi 3 sekawan

3 Bulan

dah boleh meniarap masa 3 bulan lebih.. -good job qoied

Manja Atuk
  
Kini Berempat ^-^

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa utk mendapat zuriat lagi selepas hampir 5 tahun menunggu, dan sekali keguguran. Saya doakan agar Allah juga memakbulkan doa-doa sahabat-sahabat, kakak, adik ipar, sepupu dan anak sedara yang masih belum dikurniakan cahaya mata atau ingin menambah zuriat..Semoga Allah memudahkan anda, sesungguhnya perancangan Allah tiada siapa yang dapat meneka, kita hanya mampu merancang..Allah jua penentu segalanya..Jangan berhenti berharap! Teruskan usaha..InsyaAllah..Amin...

FAKTA:
Qoied = Pemimpin
Ibrahim = Nama Nabi

Monday, 28 March 2016

Small Family gathering at El Shape Melaka

Hari ni boleh dikira hari yg agak memenatkan, sbb dah sarat 9 bulan menunggu hari nak bersalin memang sy susah nak tdo malam, asik nak ke toilet lah, tak boleh tdo posisi kekanan kekiri lagi, dgn cuaca yg agak panas skrg ni, badan pun tak sihat, batuk & demam. Harap bile smp masa betul2 nak bersalin nanti, sihatlah semua & dipermudahkan segalan urusan. Time2 macam ni lah terasa macam nak g bercuti, sbb tlampau penat kan, dok tgk gambar dlm simpanan, baru teringat tak post lagi cerita bercuti kat el shape melaka hujung tahun lepas. Sebenarnya da lama plan nak buat family day family belah mama, dah siap semua perancangan, set date n dah bahagi2 tugasan kpd ahli keluarga masing-masing, tetibe ramai plak yg tak dapat join. Memandangkan Pakcu kami yg baik hati tu dah suh Along sy book rumah banglo tu (dia fully sponsor tau..mekaseh), takkan nak cancel pulak, maka mana yg dapat pegi tu, tetap meneruskan percutian ni, dah tak panggil family day sbb ramai tak dpt join, al-maklumlah tarikh tu tarikh hot, cuti berangkai (maulidur rasul & hari natal) memasing da ada plan dgn keluarga sdiri, but its ok, seronok tetap seronok, cuma kalau lagi rmai yg boleh join, bertambah meriah la event kite...Jom layan gambar kenangan..



Sampai je kat area masjid tanah, g cari pasar, nak  beli ikan, sotong n ketam fresh2 nak buat bbq malam tu, kat pasar pun ceria je semua, excited lah tu

Memandangkan masih awal nak check-in ke banglo elshape tu, kami ke pantai pengkalan balak, lepak2 makan tghari dulu

Yey, dah boleh masuk banglo...wah..serius best betul banglo el shape ni, besar dan memang puas hati bercuti ramai-ramai, bnyk ruang boleh digunakan

Ni baru sebahagian ruang tamu, dah besar camni. Tgk Orked & thaqif, baju merah kat sofa belakang tu, sempat menyelit dalam gmbr..heee....

Penaja penginapan 2days 1Nite kami, Pakcu & Chu yg sgt romantis gituuu

Ni je gambar dapur/pantry yg sempat sy snap, ada model kacak lagi pose kat situ.. Hai!!

Kalau tak silap, ada 7 bilik tak termasuk owner punya bilik utk tetamu kat elshape ni, this is one of it

Bilik dgn double queen bed...dua family boleh tdo sni

Ruang santai & makan2 kat luar yg mengadap ke swimming pool

Pemandangan sekitar rumah El Shape, owner rumah ni Melayu, dia bgtau kat kiteorg time cuti sekolah mmg fully booked slalunya.. Sewa satu malam 1.5k ++ klu tak silap, boleh google utk maklumat lanjut

Halaman depan rumah utk parking kete, sebelah2 Elshape ni byk lagi rumah banglo milik persendirian

Team biru : Family Pakcu


Team Hijau : Family Makncik, tapi tak cukup satu family lagi yg tak dapat hadir sbb ada kenduri


Team Merah : Hamidah's Family 

Wah, cantik plak bile tgh semua kaler disatukan dalam gmbr mcm ni, tambah2 org yg amik gmbr tu kreatif & berbakat mcm photographer pro kan...hahaha... tapi takde la den dlm group photo ni...hampeh tul

My lil family, ada sorg lagi dlm perut bakal menggegarkan dunia kecil kami..hehe

Orang dalam pantang pun join! bagus2, semangat yg macam ni lah yg ptt diterapkan, tapi hati2 ye takut plak terbentan ke apa, alhamdulillah semua nya ok dan baby pun tak meragam...

Bergambar sebelum bacaan doa selamat n selawat bersempena maulidur rasul

Waktu yg ditunggu2 oleh budak-budak especially si Orked Amani, dialah antara org terawal yg terjun swimming pool, mujurla da pandai swimming sdiri dgn life jacket dia tu, so senang takyah nak teman..

Naeema pun join bermandi manda...comel je naik duck tube ni..

Antara hadiah menarik utk mlm bbq, ni dah ada pemenang sbb awal2 dah jawab quiz dari Syariz..hadiah frame pun sponsored by Syariz, tapi sy tak dapat...uuuuaaaaa...

Hamper yg di sponsored oleh pakcu & chu utk setaip family...wow, ni best sbb semua family dapat..heee...TQ very  much Chu & Pakcu

Org2 kuat sedang membakar segala macam jenis seafood, daging burger, sosej, jagung & ayam...hurm yummy2

Sesi Berkaraoke, sedap2 suara dorang ni, mmg ada bakat terpendam

Thaqif pun nyanyi jugak... serak2 basah suara dia...cayalahhhh!!

Bagus pihak Elshape ni, siap sediakan meja dinner macam kduri kawin lagi utk kiteorg menjamu selera kat tepi kolam renang..terbaekkk

Oh ye, HAPPY BIRTHDAY papa a.k.a ATUK Orked & Thaqif..Sempat celebrate birthday papa, kebetulan baru beberapa hari je birthday papa berlalu, so kite celebrate ramai2 kat sni...yahhhooo, siap ada org buat cake birthday lagi utk papa, penuh coklat! mekaseh Along for the mabelous cake!

Sesi bertukar hadiah, setiap org masing2 bawak hadiah utk ditukarkan kpd sape2 yg bertuah mlm tu, nasib lah ye sape bawak hadiah besar tapi pulang dgn mendapat hadiah kecik...haha...ni cabutan bertuah mmg ikut nasib ye....Tahniah kpd semua..tak pulang dgn tangan kosong...BRAVO..

Sambil2 berbbq, budak-budak dah tak sabar nak berenang lagi, tu jelah kojo nye budak2 ni...malam tu kiteorg beramai-ramai bermandi manda, tak kira besar kecik, muda tua semua berendam, sbb ini swimming pool kite yg punya...haha..

Oh Atuk yg sgt penyanyang, menjaga cucu ketika mak ayah nye sedang menjamu selera...terbaek tok wan ni

The Next day - walaupun semuanya penat, tapi bile dipanggil utk bersarapan, semua pantas ke meja utk bersantap (lapar rupanya), tgklah  kat atas meja, tu baru sebahagian makanan, ada bermacam2 sarapan telah disediakan oleh mak-mak yg terer memasak...best makan ramai-rmai ni, lps makan terjun swimming pool lagi sebelum check out...heee...

Semua bersiap molek2 dah nak balik...


Bergambar sebelum balik, yey...yahhhoo...pengalaman & kenangan terbaek last year! 


Apa-apapun, terima kasih kpd semua family yang terlibat, harap2 event yg akan datang, lebih ramai keluarga dapat join & participate, boleh buat sukaneka & mcm2 aktiviti utk mengeratkan silaturrahim sesama kite...Assalamualaikum.....