Monday, 18 February 2013

Bread Caramel Pudding with peaches

When doing nothing, I always wanted to try a new recipe. I luv to bake but my problem is I dun have oven and mixer, so wat to do? Searching punya searching, I found one recipe on how to make a pudding, just using a steamer!yes, this is wat I need...Tq to along for a useful cook book with lots of recipe in it as for my bezday present last year, tau ler nak suh org memasak selalu lah tu...

Memandangkan most of the ingredients needed for this pudding are in the house, senang lah nak memasak, cuma pegi beli roti dan buah peach dalam tin. What u need is:

Ingredient A
10 pieces/slices of bread
1/2 cup of caster sugar
2 spoon of custard powder
1 tea spoon vanilla essence
1 tin evaporated milk
1 tin of peaches (ambil air nya sahaja)
2 eggs

Ingredient B (caramel)
1/2 cup sugar
1/2 cup water

Cara² buat caramel:
Masakkan gula didalam periuk sampai cair (tanpa air), bile dah betul² cair, masukkan air dan kacau sehingga cair sepenuhnya, tips: guna air panas supaya cepat cair dan api perlahan je la, nanti hangus sangat jadi pahit pulak. Dah siap, terus tuang dalam loyang dan ketepikan

Cara² buat adunan bahan A:
Campurkan semua bahan A termasuk roti yang telah dikoyak²kan. Kacau sehingga sebati dan rata. Tuangkan dalam loyang yang ada caramel tadi, dan kukus dalam 30-40minit.

Bila dah siap masak, tunggu sehingga sejuk baru terbalikkan diatas mangkuk/pinggan yang cantik². Buah peach yang ada dipotong² dan disusun atas pudding..Yey dah boleh makan...



1st time try semalam, I can say it was a yummylicious trial..so happy when hubby said it was delicious and he ate 3 slices at a time, wow..I take dat as a compliment. Tq sayang, lepas ni boleh cuba lagi.. I make two loyang, one was for my hubby and another loyang was for my officemate, am so happy cos they also like it! Siap ada request tambah strawberry pulak..hehe..Untuk yg minte recipe tu, hope this entry satisfied u gurls!! =)

Monday, 4 February 2013

Dalam Kenangan...

Kami sekeluarga dikejutkan dengan berita mak muntah² & cirit birit pada 29 Januari 2013. Pada keesokkan harinye, Dillah call bgtau keadaan mak dah makin teruk dan tak bermaya, so lepas je keje, aza dan hubby cepat² balik umah packing beg dan lepas solat magrib kami bertolak ke hospital Jasin. On the way tu Dillah ada jugak call bertanye kan kiteorg dah dekat mana sbb dokter bgtau suruh kumpulkan adik beradik sbb keadaan mak dah tenat. Bile sampai je kat Ayer Keroh, handfon my hubby ringing lagi, masa tu hubby macam taknak angkat fon sbb takut sumting bad happen, tapi dia angkat juge, tibe² aza dengar hubby menangis sambil ucap innalillah...Kiteorg tak sempat sampai, mak dah pun diambil ilahi.. Al-fatihah..

Sayu dan sedih menyelubungi family arwah. Tepat kul 9.40pm 30 Januari 2013, mak mertuaku, FATIMAH BINTI MANIS, telah meninggalkan dunia buat selama-lamanya dan dikebumikan pada keesokkan pagi around 11am. Walaupun kami sedih sangat, tapi bersyukur kerana pemergian arwah senang dan tak sakit lama, memang mak pernah berhajat utk meninggal sebegitu supaya tidak menyusahkan anak²nye jika dia terlantar sakit. Alhamdulillah juga sebab beberapa hari sebelum mak meninggal, aza, hubby, Orked, Dillah & Rosli serta Abg Joi sekeluarga sempat spend time dengan mak, selalu nye memang tiap hujung bulan, hubby akan mengajak blk ke kampung utk spend time dengan mak, kebetulan, dah lama kiteorg tak blk sbb hubby ada exam. Tapi tak sangka, itulah kali terakhir kiteorg dapat spend time dgn mak.

Menurut kata doktor, kandungan acid terlalu banyak didalam badan mak sehingga buah pinggang mak tak dapat nak process acid ni lagi, punca kematian arwah. Kami sekeluarga agak terkejut dgn berita kematian mak sebab sebelum ni, abg ipar beritahu, masa check-up kesihatan mak baru² ni, doktor mengesahkan mak dalam keadaan sihat, jantung, darah, buah pinggang sume dlm keadaan yg bagus, doktor pun cakap lepas ni tak perlu buat check-up tiap² bulan, dtg cuma 5 bulan sekali.. Ternyata Allah lebih menyayangi mak...


Alhamdulillah ramai jemaah yang bersama² solat jenazah untuk mak yang diimamkan oleh abang ipar saye, Abdul Razak Bin Othman  ~terima kasih

Sayu hati ibu bile tengok Orked asik tunjuk je kat nenek, setiap kali nampak jenazah mak...sob sob...

Saat² terakhir jenazah mak di rumahnye.. diusung oleh anak² dan cucu² kesayangan arwah

Redup je suasana ketika mak dikebumikan

Bacaan talqin (pilunye hati time ni)

Orked pun nak tabur bunga di pusara nenek nye
  

Semoga roh mak tenang disana, dan digolongkan bersama² dengan orang² yg beriman. AMIN

MAK pada pandanganku:

  • Walaupun perkenalan kite hanya dua tahun, tapi aza sayang sangat kat mak. For me, she was a good mother, dikurniakan dengan 9 cahaya mata, kesemuanya berjaya dididik menjadi insan yang berguna. Sebelum hayat nye berakhir, alhamdulillah mak sempat melihat kesemua anak nye berkahwin.
  • Mak juge dikurniakan cucu² yang sayang kat dia. Setakat hayat mak, ada 27 orang cucu, termasuk paling latest Orked Amani, hopefully Orked akan dapat cousin baru soon.AMIN
  • Mak seorang yang sayangkan kucing, sangat prihatin dan pemurah bagi makan kucing setiap hari, kucing pun sayangkan mak.
  • Mak seorang yang suka jika anak² balik kampung melawat dia. Happy sgt dia kalau ada anak² datang menjenguk, hari tu sebelum mak meninggal, kiteorg tiga keluarga balik, dia siap cakap, "raso macam rayo..." hurm, sbnrnye dlm hati aza pun terdetik mcm tu gak..sbb kami balik serentak..
  • For me, mak seorang yang cerdik. Klu blaja tinggi² zmn dulu², mesti dah jadi professor. Kata² dan nasihat nye tentang cara hidup, ilmu agama mahupun pertukangan/perkebunan, mak memang handal! Idea dan inovasi nye mmg boleh digunapakai.
  • Mak suka makan sekali bersama² anak-anak dan cucu²nye. Kalau kiteorg balik kampung, setiap pagi slps subuh, mesti dengar kerusi yang menjadi "tongkat" utk bantu mak berjalan terseret-seret ke meja makan, dan mesti dia akan panggil, "wan...wan...aza...aza...makannnn..." semua nama yg ada kat umah tu mak akan panggil... Favourite brekpes dia ialah nasi lemak yang dimasak sendiri. Setiap kali kiteorg balik beramai² mesti mak suruh masak nasi lemak..
Sungguhpun begitu, sudah tertulis ajal maut jodoh pertemuan sume di tangan Allah s.w.t. Pemergian mak memang memberi kesan dihati aza walaupun sekejap je kita bersama. Terima Kasih mak diatas segala memori indah dan nasihat² yg mak beri, InsyaAllah kite bertemu diakhirat nnt..


AL-FATIHAH

Kepada my hubby, tabahkan hatimu, sabar dan kite doa kat mak banyak² ye sayang, anggaplah mama papa aza seperti ur own parents...They luv u very much ~gonna miss u mak


Tuesday, 1 January 2013

Welcome 2013!

Assalamualaikum...

1st of all I wud like to say "happy happy happy newyear" to everyone of u.. Hopefully this year will be a prosperous, healthy & great year to u all. And off course la kena ada TARGET or AZAM tahun baru walaupun sebenarnye banyak jgk azam tahun lepas yang tak tercapai, but syukur Alhamdulillah Allah masih memberikan nyawa dan kebahagiaan bersama hubby dan anak tersayang, Orked ku..

my Azam for this year wud be:

1) Memperbanyakkan senyuman especially di tempat kerja kerana last year memang banyak "bermasam muka" sebab tension & stress dengan kehidupan di opis, so, put a smile on ur face fellow!

2) Nak mempergiatkan business popia nestum, especially RAYA season. so dear fren, do support me by ordering a few balang and promoting it to ur relatives, friend, neighbours or even to ur ex-bf/gf...haha...

3) More exercise. Nak start buat aerobics balik, zaman bujang dulu rajin buat aerobics, macam² video dari Paula Abdul sampai hongkong style nye aerobics pun buat, tapi sejak kawin ni, langsung tak buat, tambah² dah ada Orked..Ape² pun by end of this year, main body part yang nak kena berjaya dikuruskan mesti lah PERUT! haha, kecuali kalau pregnant.

4) New business. Nak tolong hubby mengusahakan tanah kebun, tanam serai or anything dat makes money for our future...GANBATE!

5) KHATAM Al-quran. Honestly, dah jarang baca quran. So tahun ni starting today, satu hari at least satu page pun jadi lah, kalau dapat baca banyak page, by the end of this year dah boleh khatam, InshaAllah..

6) Pergi Holiday. I luv holiday very much, so pergi holiday is a MUST target dat i've to achieve thiz year..wee...

7) Teringin nak belajar menjahit. Walaupun sebenarnye tak suka langsung menjahit tapi bile tengok baju or tudung yang cantik² tapi harga mahal, terasa nak jahit sendiri je, so baju fashion ape pun boleh buat sendiri.. Need to find short course for this..(JOM sape nak g class menjahit sama²??)

8) Nak pregnant anak kembar di bulan ramadan nanti =) hee...pray for me k...


Ok, tu main target for this year. Tak leh nak target banyak², takut tak tercapai pulak. Ape² pun harapan aza pada tahun ni, semoga kebahagiaan sentiasa bersama kami, dan ikatan silaturrahim antara keluarga sendiri atau keluarga mertua bertambah erat, dan tak lupa juga relationship between my friends, bff and ofismate juga baik2 belaka. Ameen...


 Oh ye, disebabkan tak sempat nak update blog hari² terakhir 2012, so nak imbau sket kenangan 2012 in short:

1)  Berjaya menulis blog!! haha, ni paling penting.

2) Pindah ke rumah sewa #berdikari #freedom #desa alam, shah alam #uitm #jakel

3) Adele ~baru kenal dan trus minat sumer lagu dia, boleh dikatakan setiap hari mesti kena dengar lagu adele.

4) Smart phone ~baru pakai data plan, whatsapp, twitter & instagram, akibatnye hari² kena on hotspot sebab hubby nak wi-fi n berfacebook, seb baek amik data plan yg 3gb..huhu..jimat..

5) Dapat boss baru #stress #kucar kacir #kancung #ex-boss hubby =(

6) 1st time hubby beraya ditempat lain selain kampung sendiri setelah 36 tahun, Hubby tak pernah beraya tanpa mak tersayang disisi pada hari raya pertama...hehe kerana 2012 giliran kampung saye *wink*

7) Orked's 1st birthday

8) 1st time menghadapi kereta rosak di tengah jalan ~tak tau nak buat ape, dah la hujan, malam, kete banyak, orked nangis...uuuaaaaa...syukur ada sorg mamat baek hati tlg rescue sebelum hubby sampai

9) Best friend's happening day #Johaneis dapat baby Rania # Beid's wedding #Ildiana's wedding #Hanim dapat baby hydder #Ayuni dapat baby Ammar #Wani & Nazreen's engagement #Kak Mushi dapat baby Aufa

10) 1st time on stage for best dress finalist @abb's annual dinner #CARNIVAL theme

Tu antara 10 perkara yang berlaku sepanjang tahun 2012. Tapi ada satu benda baru terjadi last year yg I can tell u dat I cannot resist this:


CHATIME~ Caramel milk Tea with coffee jelly is my fav


Lets drink chatime all the time ~haha, orked pun da pandai ber'chatime'


Biar ape pun yang berlaku last year, dun regret and lets move on to another level and most importantly, live ur life to the fullest!! BERSEMANGATLAH.... =)

Selamat tahun baru u guys


Wednesday, 26 December 2012

Wani's Engagement

"Korang jangan lupa 08.12.2012! Tema dusty purple utk kawan²...." Wani keeps on reminding us her engagement ceremony..Hehe, "yelah, tengok macam mana, boleh datang ke tidak.." macam² alasan kawan² create utk mengusik dia konon² ada hal lain tak dapat dtg. At the end, kiteorg sampai jugak ke Temerloh, konvoi dua kereta, cuma K.mushi, Azuin and Aireen je yang tak dapat ikut sebab ada hal lain. Neway, congrats dear..Dah satu step achieved! Jom tengok wani jelite =)

Nasib baek sampai awal, sempat makan sarapan di rumah wani, aza suka kuih kole kacang aritu, sedap!

JELITE nye wani, mebi sebab berdiri sebelah ibu gojes?? haha, nak jugakk

Ha..ni lagi cun, bergaya ala² cover gurl majalah pengantin

Sekitar diskusi keluarga sebelah perempuan dan lelaki (Org kuala pilah bertemu orang temerloh) Agak² bape wang hantaran? ehem3 

Bakal berbesan (bonda nazreen & bonda wani)

Hantaran dari Wani ~luvly sgt (7 dulang berbalas 5) ~sila zooming kat sirih junjung(hehe), sape² nak order PM me ok, tu 100% dibuat oleh my sis..promote sket..

Hantaran dari Nazreen

Masa yang ditunggu2! Acara menyarung cincin oleh Makcik Nazreen..phewwitt...Cincin tersarung dah...officially ms.tunang nazreen

Yey..akhirnye aku dah jadi tunangan orang ~agaknye itulah yang wani cakap dalam hati kot...hee...


Alololo tomei nye, malu² kucing gitu

Terpancar muka kegembiraan dorang berdua ni kan?

Teringat dulu², asal jupe je mesti bertekak...sekarang?? hehehe, yes, akhirnye doa kawan² nak tgk korang naik pelamin akhirnye termakbul  #gaduh²jadi sayang, betul cakap org tua2! =P

Ehem3, cantik hand bouquet tu, seswai sgt dgn white gold di jari manis wani..

Lega akhirnya majlis berjalan lancar, kami pun tumpang gembira

Tak sah kalau gadis2 ayu ni tak berposing dengan wani jelite kan... wow, bersinar nye cincin wani

Wani with her siblings, kakak ipar dan anak buah kesayangan ~tema family dusty pink (nice kaler)

With sedara mara

Wani and BFF

With me and Orked

and hubby also


Amik gambar posing mcm ni skali lagi, sbb tadi aza takde, Orked asik berak je, asik g toilet uruskan dia..Orked..orked..

Buat ape tu Orked, suke benor dengan rose petal kat pelamin Aunty wani ni..


Wani yang nampak sangat anggun, i like this picture, ~sila zooming sket kat hand bouquet tu, sape² nak tempah PM me ok =)


Ni baru wani yang sebenar, hehehe...(jangan marah ye wani)
Congrats to wani & nazreen, semoga perjalanan korang utk membina masjid yang bahagia akan dipermudahkan, bawa² bersabar dan yang penting kena enjoy setiap process/progress ke walimahtulurus nanti.. InsyaAllah kiteorg akan pergi both reception klu ada rezeki.. Amin

Wednesday, 12 December 2012

ABB's Carnival Nite

2012 ABB's Annual Dinner was held at Sunway Hotel as per last year, but with different theme and concept as usual. CARNIVAL was the theme. Jenuh memikir nak pakai costume ape utk tema CARNIVAL ni. Last² berpakat with other friends to wear Italian Clown bersama²..hehe... Inilah hasil nye =p

Tadaaa...5 beautiful clown..hehe, boleh teka sape kami?? Which one me?

With ABB colleague (Ayu, Umi and Farah)


The only thing I like about this year Dinner was its ballroom's decoration for CARNIVAL theme.. Nice ha??

Pagliacchi - Our group's name (in italian's)

Menu ~ Honestly, tak sedap, biasa² je.. Bosan lah tiap-tiap tahun chinese course, tukar lah menu lain plak

Disebabkan sibuk bergambar, lupa nak amik gambar food, ni je sempat snap

With Marco (Big boss)

with LVS colleague

Wooooo.... (hehehe, terbaek u guys!)

Me choose RED clown

Aireen Gold Clown ~with Umi

Azuin the ROYAL BLUE clown

Alamak, sorry geng, nama Aza je yg naik sebagai finalist best Dress... Memang tak niat pun, patut kite berlima naik skali, kan satu group...Aisey...Sorry2, Serius berdebar gilerr, tak tau nak buat gaya ape bile sorang????


This year cara pengundian sape yg layak menang best dress dah ditukar format nye, dulu sorakan & tepukan paling gemuruh utk finalist yg terpilih akan memenangi gelaran King & Queen of the nite, but in 2012, representative of each table has to vote dgn melekatkan star yg telah disediakan kat finalist kegemaran mereka, Well, tengok banyak tak stars yg aza dapat? Kat pipi dan dagu pun dorg lekat...hampeh...tapi dapat 16 stars je... (dapat tempat kedua, hurm, not bad la kan ~utk org yg 1st time on stage hehe)


Ni ticket merangkap lucky draw number, hurm, tahun ni tak menang ape² ok. Meja kiteorg cuma Izz dan Amirul je yg dapat.. =(

Tadaaa...Colourful kan kiteorg??? ngeh3, great ideas from Aireen n Wani..

Baju, Net or tutu, topi, semua jahit n buat sendiri, material pun cari sendiri, tak pegi rent costume pun, funny but fun sbb mendapat pujian & perhatian gitew..haha, tapi tak ramai yg mengikut tema.. Susah jgk tema CARNIVAL ni kot..

Ramai yang memilih utk memakai mask, yang lain tak dress up pun

Special thanks to Sethu yg sudi menjadi photographer kiteorg malam tu =)

Dah nak balik, sekali ternampak Bruno n Richard, hah, bergambar lagi, my hubby dah caling2 sebab lama menunggu kat bawah... Sorry yank...kiteorg artis malam tu hahaha...tengok these guys, tak follow CARNIVAL theme pun, pakai baju biasa...

 Well, dats all, enjoy the pics, nak cakap terima kasih banyak² kat hubby yang tolong buat topi dan menghias topeng. Tak lupe jgk mekasih byk² kpd Syahrir Nurdin's team yg tlg jahit kan kaftan n net yg sgt selesa utk dipakai, n CANTIK! Tq