Tuesday 11 October 2016

Riang Raya 2016

Hari ni adalah hari ke 10 pada bulan Muharram didalam kalendar Islam, atau lebih dikenali dengan Hari Asyura. Bersempena dengan hari asyura, saya nak buat major throwback gambar-gambar hari raya bulan syawal yang lepas, hehe takde kena mengena kan?... selalu org buat bubur lambuk asyura...neway, tahun ni raya tak banyak berjalan sangat tapi buat sikit kelainan dengan bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort, saje bawak kanak-kanak bermandi manda...mak mak dan bapak bapak boleh jgk berehat dan mengeratkan silaturrahim...

Kami yang bertemakan Merah tahun ni - Raya Pertama

Free Style - Semua ada raya kali ni..yey

Keluarga along pilih tema hijau lime

Tengah betul2 tudung dpn cermin, sempat lagi posing bile si Icat amik gambar

Qoied dgn uncle...1st raya utk Qoied

Menu dipagi raya -Rendang, Lemang, Nasi impit, lontong, macaroni cheese, buah-buahan dan dessert

Sebelum balik ke kampung buaia di pandang rengas Perak, kami singgah dulu beraya di umah Makde di Kuang

Raya Kedua - menziarah sanak saudara di Perak, kampung Opah, tahun ni tak balik Melaka, InsyaAllah next year beraya dgn keluarga husband pulak..

Tema Biru - Raya Kedua

Segak je en.Suami dgn baju rekaan Syahrir Nurdin, siyes baju ni sgt kemas jahitan nye

Seronoknye tahun ni dapat sama2 beraya kat Perak, slalu giliran mesti clash

Amboi minah bunga ni kemain bersolek, kalah mak

Raya Ketiga - Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort..YAhhooo

Ada yg tak dapat join, klu semua dapat pegi lagi meriah ni..

Mekaseh kepada orang yang sudi sponsor tiket masuk ke waterpark ni..Moga dimurahkan lagi rezeki kalian

Budak-budak lah yg paling happy kalau ke taman tema

Semua bergogle, korang nampak ikan tak dalam air tu? heee

Orang gi beraya, kome gi bermandi manda pulak heee

Cantik pulak gambar ni, pandai photographer bukit merah ni...Awesome!

Hari-hari yang seterusnya cuma beraya disekitar Selangor dan KL aje, tapi godek2 handphone macam takde pulak gambar nye, baru perasan rupanya tahun ni mmg tak banyak gi beraya, ada pun pegi open house umah Chu kat muar, tu pun tak amik gambar, last2 terjumpa satu je gambar beraya kat umah Azuin...neway, Maaf Zahir & Batin...Happy Belated Raya..haha



Lama tak jumpa Ayu & Djuhana, sonok dapat berkumpul n borak-borak camni



Monday 10 October 2016

Qoied Ibrahim nama diberi

Assalamualaikum..

3 April 2016
1.15pm
3.4kg
tepat masa azan zuhur berkumandang, lahirlah seorang lagi permata hati ibu, yang telah lama sangat ibu nantikan...almost 5 years we waited for your arrival to this world..Alhamdulillah...
Qoied Ibrahim...Selamat datang sayang...

Overdue 1 hari, wlupun terpaksa menahan sakit lepas kena induce masa nak bersalin, bile tengok wajah qoied ni, hilang segala rasa sakit tu, penantian yg berbaloi.. Alhamdulillah

Kakak Orked yang super excited dapat adik yang di idam-idamkan

Cer tengok betul-betul, rupa Qoied Ibrahim macam muka nenek nya kan..Heee

Opah Cik pun datang tengok Qoied, mekaseh..

Mata ada sedikit sepek heee

Abang Thaqif pun excited jugak dapat sepupu baru..geng dia plak tu

Olololo, boleh dikatakan 24jam nak cium dan dukung adik... harap dah beso nanti pun sayang adik jaga adik ye

Masih dalam pantang tapi macam dah abis pantang..ni semua gara-gara kuat menyusu susu ibu..maka ibu pun kuat makan utk memperbanyakkan susu, cewah alasan sgt

Posture tidur feveret Ibrahim

dipaksa baring atas karpet utk melayan kerenah ibu yg konon-konon nak amik gmbar background lawa..nak hired photographer professional xde bajet pulak..karpet pun jadilah

Rimas la kakak ni asik ciummm je

Qoied sama tembam dgn abah ngeh3, tapi takde muka abah kan..kan..
 

Dengan Mama Long
Sekarang dah jadi 3 sekawan

3 Bulan

dah boleh meniarap masa 3 bulan lebih.. -good job qoied

Manja Atuk
  
Kini Berempat ^-^

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa utk mendapat zuriat lagi selepas hampir 5 tahun menunggu, dan sekali keguguran. Saya doakan agar Allah juga memakbulkan doa-doa sahabat-sahabat, kakak, adik ipar, sepupu dan anak sedara yang masih belum dikurniakan cahaya mata atau ingin menambah zuriat..Semoga Allah memudahkan anda, sesungguhnya perancangan Allah tiada siapa yang dapat meneka, kita hanya mampu merancang..Allah jua penentu segalanya..Jangan berhenti berharap! Teruskan usaha..InsyaAllah..Amin...

FAKTA:
Qoied = Pemimpin
Ibrahim = Nama Nabi